Semasa

Diseret Dari Rumah Dan DicuIik Oleh 3 Lelaki, Usahawan Terkenal ini Dikatakan Telah Dibawa ke Negara Jiran

Seorang wanita dipercayai diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira jam 4 petang semalam.

“Ada penduduk setempat mendakwa nampak seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju negara jiran, Toyota Vios dinaiki mereka turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.

“Suami mangsa menjejaki isterinya ke negara jiran dan belum pulang sehingga hari ini. Apa yang kami tahu…

“…Azi tiada musuh dan kami juga tidak menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan setakat ini,” kata waris memaklumkan mereka turut melakukan solat sunat hajat.

Malah, dia juga tidak pasti jika terdapat pihak tidak berpuas hati dengan Rosnazirah berhubung perniagaan selain ibu bapa mangsa masih bersedih dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pihaknya menerima laporan dan sedang menyiasat selain menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi .

Menerusi pemerhatian di media sosial, rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular sejak pagi tadi sehingga meraih pelbagai reaksi warganet.

Sumber: BH Online (Siti Rohana Idris) , Facebook Kelantan State

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *