Semasa

Terkejut Dgn Kontroversi yg Datang Mengejut, Akhirnya DDNK Rayu kpd Netizen Agar Isterinya..

Tindakan penyanyi rap, Caprice yang dilihat bertemu pengantin baharu iaitu Datuk Dr Mohd Nazri Khan dan isterinya Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris menarik perhatian netizen.

RAKAMAN VIDEO TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi sebuah video di laman Instagram, Caprice mengakui buntu bagi menasihati pakar saham itu dan isterinya berhubung kontroversi dilalui pasangan tersebut baru-baru ini.

Berdasarkan video dikongsi, Ernie dilihat meluahkan kekecewaan apabila dituduh sebagai perampas selepas berkahwin dengan Nazri atau popular dipanggil DDNK pada Jumaat lalu.

Menurut wanita berusia 25 tahun itu, mengapa segelintir individu mempersoalkan mengenai jodohnya yang sudah ditakdirkan menjadi pasangan kepada pakar saham berkenaan.

Difahamkan, Caprice cuba berkongsi tips dalam berdepan tohmahan orang ramai kepada DDNK dan isteri tetapi video berkenaan berhenti setakat itu sahaja.

Menjengah di ruangan komen, netizen meninggalkan pelbagai reaksi selain bertanya ‘drama’ apa pula ingin disampaikan yang dilihat seperti lakonan pula.

DDNK MEMOHON KEPADA SEMUA WARGANET BERI RUANG KEPADA ISTERI BELIAU

Malam tadi Caprice memuat naik satu video dari DDNK di instagram miliknya. Dalam video tersebut, DDNK meminta tolong kepada sema rakyat Malaysia supaya memberi ruang kepada isteri beliau.

” Salam sayang kepada semua wargnet rakyat Malaysia, saya DDNK ingin mengucapkan terima kasih kepada semua komen-komen positif dan negatif terhadap majlis perkahwinan saya.

“Saya tahu majlis saya telah menyebabkan satu kekecohan berlaku. Saya memohon kepada warga netizen untuk memberi sedikit ruang kepada isteri saya supaya dia tidak dikecam. Dia baru berusia 25 tahun dan seorang pelajar.

“Mudah-mudahan dia boleh survive dengan apa yang berlaku dan kita minta mudah-mudahan semua orang doakan perkahwinan kami lebih bahagia dan lebih tenang.

Terdahulu, DDNK yang popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ kembali bergelar suami kira-kira selepas setahun berpisah dengan isteri pertama.

Tonton Video DDNK : SILA KLIK DI SINI

Tonton Video DDNK Bersama Caprice : SILA KLIK DI SINI

Sumber: Instagram Caprice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *