Semasa

Tidak Mahu Tunggu Terlalu Lama, Akhirnya PoIis Thai Bongkar Lokasi Terbaru Azi

KOTA BHARU: Polis Thailand melancarkan operasi bagi mengesan ejen jualan kosmetik Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat, petang Selasa lalu.

Sumber pihak berkuasa Thailand, memaklumkan pihaknya turut membuat serbuan di sebuah rumah di pinggir Sungai Golok atau Takbai, di sini, semalam.

“Sebarang maklumat berkaitan akan disalurkan dari semasa ke semasa. Kita akan membantu mengesan mangsa yang dikatakan dibawa lari ke sini,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian jam 5.10 petang Selasa lalu, mangsa dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini.

Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu.

Siasatan awal pihak polis mendapati suami mangsa dipercayai terbabit aktiviti penyeludupan dadah dan polis sudah menahan tiga individu, termasuk lelaki berkenaan dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun semalam bagi membantu siasatan.

Ejen jualan kosmetik dari negeri ini, Rosnazirah Mohd Naim yang didakwa dilarikan sekumpulan lelaki ke Thailand, berkemungkinan sudah dibawa lebih jauh hingga ke Bangkok ataupun sempadan Thailand-Myanmar.

Menurut sumber pihak berkuasa Thailand, pasukan polis negara jiran itu tidak menolak kemungkinan berkenaan dan giat meneruskan operasi 24 jam untuk mengesan wanita berusia 36 tahun itu.

Katanya, pencarian itu dilakukan di banyak premis, termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat yang dikenal pasti berpotensi dijadikan tempat persembunyian oleh suspek.

“Sejak hari pertama kehilangan mangsa lagi, kami telah menjalankan operasi mengesan 24 jam tetapi setakat ini, pencarian belum berhasil.

“Serbuan sudah dilakukan di semua premis yang berpotensi dijadikan tempat persembunyian, termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.10 petang Selasa lalu, mangsa diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini, oleh sekumpulan lelaki.

Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios, dan terdapat penduduk mendakwa melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand.

Kereta terbabit kemudian ditemui kira-kira jam 10 malam hari sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Susulan itu, polis menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita yang berusia 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Sumber BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *