Setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan perhubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.
Namun tak dinafikan, pelbagai ujian dan dugaan yang harus ditempuhi sebelum mengecapi kebahagiaan.
Itulah yang dilalui seorang wanita ini apablia hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati terpaksa dilupakan selepas ikatan pertunangannya terlerai di tengah jalan.
Menerusi ruangan komen, wanita ini mendakwa bahawa bekas tunangnya itu telah berlaku curang menjalinkan hubungan dengan seorang janda anak satu yang lebih bekerjaya sedangkan dirinya hanya memiliki lulusan sekolah menengah sahaja.
Lebih baik gagal dari awak dari gagal setelah nikah. Allah tunjukkan bukan dia yang terbaik.
Tambah wanita ini lagi, dia tidak sanggup melihat ibu bapa serta keluarganya direndahkan dan dimalukan dengan pengkhianatan bekas tunangnya itu.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen menitipkan doa agar wanita ini diberi ketabahan dalam mengharungi ujian ini selain berharap agar dia dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.
Sumber: Mymaret