Semasa

Tak Mahu Terus Terpalit, lbu Akhirnya Dedahkan Aktiviti Sebenar Saajat di AustraIia

TIDAK sesekali pujuk Sajat pulang ke Malaysia.

Demikian pendirian ibu kepada usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat tentang anaknya itu yang kini memulakan kehidupan baharu di Australia.

ke Australia, tak pernah pujuk balik Malaysia

Maimon bersama suaminya, Kamaruz Zaman.

Bercerita lanjut tentang anaknya itu, Maimon berkata sebagai ibu, doa dan restunya sentiasa bersama Sajat walau apa pun yang terjadi.

“Kami kerap berhubung, rasa macam dia ada kat sini saja. Apa-apa pun dia cerita, apa dia nak buat dia beritahu… minta restu dan doa.

“Apa sahaja saya reda. Apa yang jadi dekat rumah dia, orang buat apa pun saya reda. Itu sahaja jalan terbaik.

“Kita tak nak burukkan sesiapa. Buat sajalah apa yang kau rasa nak buat. Apabila kau buat, Allah akan datangkan rezeki,” katanya lagi.

ke Australia, tak pernah pujuk balik Malaysia

Dua anak-anak angkat Sajat iaitu Syahmi dan Syaza kini di bawah jagaan ibu bapanya.

Sementara itu ditanya tentang kecaman yang dilemparkan banyak pihak terhadap Sajat dan keluarganya.

Maimon bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu memikirkan tentang hal berkenaan.

Jelasnya, sebagai ibu dia lebih tahu tentang apa yang berlaku terhadap Sajat.

“Saya tak kisah, apa mereka kata… lantaklah. Tapi saya tahu apa dia (Sajat) buat tu untuk kebaikan diri dia.

“Kita jangan pedulikan orang, pedulikan diri kita saja. Orang nak kata apa pun kata la. Tak kisah… yang kita tahu sekarang ni buat benda yang betul.

ke Australia, tak pernah pujuk balik Malaysia

Maimon bersama Syami ketika tinjauan di sekitar banglo milik Sajat.

“Tak mengapa, orang yang kata tu mereka yang akan tanggung. Saya dah lali tak kisah apa pun, orang kata apa pun saya tak kisah.. saya tahu apa dia buat,” katanya.

Untuk rekod, Sajat kini menetap di Australia sejak Oktober tahun lalu selepas melarikan diri kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Ini kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

ke Australia, tak pernah pujuk balik Malaysia

Syahmi yang kini berusia tujuh tahun begitu merindu Sajat setelah sekian lama tidak bertemu.

Dia dikehendaki di Malaysia mengikut Sksyen 186 dan 353 Kanun Kesksaan kerana menghalang penjawat awam.

Serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Sajat kemudian menghilang dan dikesan melarikan diri ke Thailand, namun pada 8 September lalu, dia ditahan pihak imigresen negara itu kerana memiliki pasport tidak sah.

Ketika ditahan, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia.

mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *