Semasa

Tidak Suka Menunjuk Kekayaan, Asad Motawh Kata Dia Sudah BeIi 2 Biji Rumah, dan Ada Tiga..

Meskipun tidak muncul dengan lagu terbaru, dalam diam rupanya penyanyi Asad Motawh bergelar usahawan dan mempunyai tiga perniagaan.

“Rumah pertama yang saya beli adalah sewaktu saya berusia 19 tahun. Sejujurnya, saya merasakan apa yang saya miliki ini biasa-biasa sahaja. Ia macam satu tanggungjawab.

“Mungkin sebab saya mempunyai ramai kawan-kawan artis yang kaya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by As’ad Motawh (@asad.motawh)

Apabila seseorang itu semakin kaya, semakin sedikit kekayaan yang ingin ditunjukkan kepada orang lain.  Saya tak nampak apa-apa kelebihan kalau menunjukkan harta.

“Lagipula, kalau saya tunjuk segala aset, nanti orang tetap akan mengata saya acah-acah dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, Asad ada memuat naik video transformasi badannya dua tahun lalu dan kini. Dapat dilihat sebelum ini Asad dilihat kurus dan kini lebih sasa.

Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu membuatkan ramai peminat terutama golongan gadis tidak keruan melihat badannya yang dilihat semakin sasa.

Ramai yang memuji ketampanan penyanyi itu yang dilihat semakin matang dan ada juga yang mengatakan mereka akan menjadikan gambar itu sebagai wallpaper telefon mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *