Semasa

Kongsi Momen Lompat Kegembiraan Lepas Sah Bercerai, Tiktoker Lelaki ini Teruk Dikeecam Gara-Gara

Jika sebelum ini viral video seorang wanita melompat kegembiraan selepas sah cerai, kini giliran seorang lelaki pula membuat perkara yang sama selepas keluar dari Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan.

Video yang dimuat naik oleh Ray RS Master di TikTok itu memaparkan melangkah keluar sambil memegang sekeping fail.

Apa yang menarik menarik ramai ialah reaksi spontan lelaki tersebut yang seakan sudah lama memendam rasa untuk meluahkan rasa gembira setelah berpisah.

“Benda Allah benci dia suka lak..”

“Nafkah anak jangan lupa..”

“Ingat senang ke lepas cerai..”

Sudah 11 Tahun Pertahan Rumah Tangga

Ujarnya, tindakan itu dibuat selepas lebih 11 tahun dia mempertahankan rumah tangga sehingga sudah tidak merasakan apa-apa.

“Yang berada dalam kasut saya je tahu betapa susahnya nak sampai ke tahap ini. Kuatnya orang yang bersabar.

Alhamdulillah tak rasa apa dah setelah 11 tahun bersabar semua ini. Tak nak masa lalu berulang lagi bila tergesa-gesa.”

Disebabkan keriangannya itu, ada segelintir netizen yang menasihatkan agar lelaki terbabit tidak lupa mengenai soal nafkah kepada anak-anak.

“Anak yang kecil kita ambil jaga. Jangan risau InsyaAllah kita buat yang terbaik untuk anak-anak. Doa yang baik-baik je.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat tindakan lelaki berkenaan.

Malah, ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

Tonton Video di Sumber : rsraymaster001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *