Semasa

Kantoi Menyorok Di Jamban Dalam Keadaan BerbogeI, Gadis 17 Tahun Mengaku Tidak Sempat Untuk Melakukan Apa²

BARU KENAL SEMINGGU DAH DICEKUP KHAIWAT

Baru kenal seminggu melalui laman sosial tetapi sudah berani membawa pulang pasangan ke rumah sewa sebelum dicekup berkhaIwat.

Gadis itu juga mengaku tidak sempat untuk melakukan apa-apa memandangkan mereka baru sahaja sampai.

Lelaki itu bekerja di sebuah kilang ayam di sini dan mengambil wanita itu di Pulau Pinang sebelum membawa remaja perempuan itu pulang ke rumahnya dan menggunakan jalan tikus.

Pegawai Agama Daerah berkata, mereka dipercayai berkenalan menerusi WhatsApp sejak seminggu lalu sebelum dicekup berkhaIwat pagi tadi.

Beliau berkata, lelaki itu berasal di sini, manakala pasangannya pula menetap di Pulau Pinang.

“Hasil pemeriksaan mendapati, mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.

“Ketika serbuan dilakukan, hanya mereka berdua dalam rumah berkenaan dan disyaki melakukan makksiat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berikutan Haizan berkata, laporan polis berhubung tangkapan mereka dibuat di balai polis berhampiran dan mereka diambil keterangan untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *