Semasa

“Memang kaki sondoI ke..” Pengguna Facebook Buat Status Dakwa Isteri DDNK Bergambar Bersama Mat Sabu

Baru-baru ini, isteri kepada Datuk Dr Mohd Nazri Khan iaitu Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris meluahkan rasa kecewa apabila ada individu yang menyebarkan fiitnah kepadanya dengan mendakwa dia adalah wanita bersama seorang ahli politik, YB Haji Mohamad Sabu.

Kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu, menerusi hantaran di Instagramnya, Ernie telah tampil membuat laporan polis susulan kejadian yang telah memalukan dia dan suaminya.

Bagaimanapun, dua orang individu yang dipercayai telah menyebarkan fitnah ke atas isteri pakar saham itu telah memuat naik hantaran mohon maaf atas keterlanjuran mereka dalam menyebarkan perkara yang tidak sahih kepada umum di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong dan bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Ernie memandangkan ramai pihak yang telah mengambil kesempatan untuk menggunakannya sebagai bahan kecaman selepas berkahwin dengan suaminya.

Malah, mereka turut mendoakan agar urusan Ernie akan dipermudahkan dan sentiasa kuat dalam menghadapi dugaan fitnah yang dilemparkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab di media sosial.

Sumber: Instagram @ernierossmerie_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *