Semasa

Teruk Kena PukuI dan Dicekik Oleh Suami, Penyanyi Terkenal Ini Dimasukkan ke Dalam Wad “Kes curang..”

Siapa sangka pasangan selebriti terkenal dan sedang hangat nama mereka rupanya sedang mengalami keretakan rumahtangga sehingga menyebabkan isteri ditahan di hospital selama beberapa hari.

Kini, penyanyi terkenal tersebut sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan di hospital selama empat hari.

Digam Dari Stesen TV

Penyanyi dan juga model dari Indonesia, Rizky Billar telah disenarai hitam daripada muncul di semua stesen TV Indonesia.

Suami kepada Lesti Kejora itu juga dikhabarkan telah digugurkan daripada Indosiar dan tidak lagi menjadi pengacara bagi Dangdut Academy (DA) 5.

Pengacara Dangdut Academy 5 yang terdiri daripada Ruben Onsu, Irfan Hakim, Gilang Dirga bersama yang lain menyatakan bahawa penyanyi Indonesia itu tidak lagi akan bekerjasama dengan mereka.

“Sekali lagi saya tegaskan menolak terhadap segala bentuk kekerasan dalam rumah tangga

Indosiar menjawab pertanyaan netizen. Dengan ini kami umumkan mulai malam ini Rizky Billar tidak lagi menjadi host Dangdut Academy 5”

Tindakan ini dilakukan demi menyambut seruan daripada Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) untuk tidak memberi peluang kepada setiap pelaku jenayah rumah tangga.

Kredit: Detik.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *