SEORANG lelaki mengaku membawa anaknya berusia enam tahun berkunjung ke sebuah pantai selepas mencekik isterinya hingga mati.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Tindakan kekerasannya itu susulan mendapat tahu isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain yang sudah berkahwin.
Perkara terbongkar selepas melihat mesej perbualan mereka menerusi aplikasi WhatsApp dalam telefon isterinya.
“Isteri saya berbual dan menelefon suami orang. Daripada mesej perbualan itu, isteri saya merindui dia,” katanya.
Ketua polis Semarang, Indonesia AKBP Donny Lombantoruan berkata, bedah siasat akan dilakukan ke atas mangsa.
“Individu yang melakukan tindakan kekerasan fizikal dalam rumah tangga, mengakibatkan kematian mangsa berdepan hukuman penjara 15 tahun,” katanya.
“Kat negara kita ni pun bersepah dah. Suami org bini org. Padahal masing2 dah ada suami ada isteri. Semua sbb ikut hawa nafsu.
Ingat bahagia ke hidup ikut nafsu ni. Tk kemana pun. Ramai yg dah meninggal dunia akhibat skandal ni akhibat dibunuh atau terbunuh akhibat cuba melarikan diri dari ditangkap.
Hancur rumah tangga kerana kecurangan.yg jadi mangsa adalah anak2 bila ibubapa bercerai Berai.” – Takdir Yang Indah
“Di mana2 dalam dunia ni ramai suami isteri curang..lebih rancak lagi sejak ada intenet watsap tiktok” – Aida
Sumber Mstar