Semasa

“Macam tak pakai baju..” Pening Anak Buat Parti Kat Rumah, Netizen Terkejut Nampak Botol Ar*k

Keluarga pelakon terkenal, Azhar Sulaiman sememangnya kerap menjadi sorotan netizen lebih-lebih lagi melibatkan anak gadisnya, Kasih Iris Leona.

Difahamkan, influencer yang kini menyambung pelajarannya ke London telah pulang ke Malaysia untuk bercuti. Dia juga tidak lokek berkongsi aktiviti bersama rakan-rakannya sepanjang tempoh ‘healing’ ini.

Namun begitu, perkongsian bapanya di ruangan TikTok sekali lagi menjadi tarikan buat netizen untuk meninggalkan komen.

Njoy kat dunia je

Botol arak bersepah

Yang pelik-pelik je

Sama je buat kat club

Menerusi video tersebut, Azhar dilihat ‘meluahkan’ kepenatannya perlu menjaga anak gadis serta rakan-rakannya yang sedang berparti di rumah.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dekorasi parti berkenaan yang hanya dihiasi lampu-lampu kecil. Meja makan tempat mereka berkumpul juga dipenuhi dengan minuman dan makanan sambil mereka berborak sesama sendiri.

Ujar Azhar seakan berseloroh, dia penat mahu menjaga anaknya apabila isteri tiada di rumah dan meminta agar ‘aktiviti’ tersebut biarlah jadi yang pertama dan terakhir dibuat.

“Bila Kasih buat All Girls Party @ home bila Mommy dia takde…..Penat koi kena monitor wehhh: The 1st. & The Last Ok Kasih!!!” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas berhubung parti yang dibuat di rumah mereka.

Walaupun ada yang mengecam kerana merasakan ia tidak wajar dan mengatakan terlihat botol minuman beralkohol, namun masih banyak yang merasakan ia lebih baik daripada berparti di kelab malam.

Mana tidaknya, anak kepada pelakon itu lebih memilih bergembira di rumah sendiri dan dipantau bapa berbanding melakukan tindakan tidak elok di luar sana.

Apa-apa pun, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk bertemu dengan rakan-rakan dan mungkin mereka sekadar makan-makan serta mendengar muzik selepas lama tidak berkumpul bersama.

Sumber: TikTok @azharsulaiman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *