Semasa

“Abg nak tak mlm ni..” Umpama Dialog Filem Iucah, Drama Melayu Ini Akhirnya Menerima Padah

Kita sudah boleh bangga dengan kemunculan filem seperti Mat Kilau yang bangkitkan semangat pahlawan.

Apa yang kita masih belum bangga adalah apabila masih banyak drama melayu yang lebih banyak tunjukkan perkara negatif berbanding positif.

Terbaru, ada sebuah drama bertajuk ‘Melur Untuk Firdaus’ yang dilihat terlalu banyak memaparkan babak softporn.

Babak atau skrip seperti ini amat tidak sesuai untuk tontonan umum di mana kanak-kanak bawah umur akan mudah terpengaruh.

Perkara ini mula dibangkitkan di Facebook apabila netizen rasa kurang senang dan mengkritik skrip yang digunakan.

Memang betul skrip itu digunakan untuk menunjukkan perbualan realistik antara suami dan isteri tetapi tidak bermakna ia sesuai ditontonkan kepada umum.

Menerusi video dimuat naik itu, skrip antara Melur dan Firdaus itu dikatakan mengandungi unsur ‘softporn’ serta ‘double meaning’.

“Melur lagi suka tengok muka abang, badan abang. Abang nak Melur tak malam ni?” – Skrip yang digunakan.

Ramai netizen meluahkan rasa kurang senang mereka melalui ruangan komen di mana rata-ratanya menekankan tentang unsur lucah pada skrip tersebut.

Ada yang menyuarakan tentang program lawak yang mempunyai ‘double meaning’ dikecam habis-habisan tetapi drama Melayu sekarang pula semakin ke arah itu juga.

Kredit: Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.