Semasa

Punyalah macam sampah! Hattan selar program nyanyian giIa rating

Teka teki siapakah peserta ke 12 Big Stage 2022 akhirnya terjawab apabila selebriti media sosial kontroversi Iqbal Zulkefli diumumkan sebentar tadi.

RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI

Iqbal melengkapkan barisan peserta program berkenaan bersama sebelas lagi peserta iaitu Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.

Bertindak profesional, kata Vida dia memuji keberanian Iqbal dan mengakui jejaka kelahiran Kelantan itu boleh menyanyi.

Netizen Tidak Puas Hati Kemunculan Iqbal?

Menjengah ke ruangan komen di post facebook Astro Gempak, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa mereka teehadap pihak Astro yang menjadikan Iqbal sebagai peserta Big stage 2022.

Malah mereka mempersoalkan pemilihan peserta untuk tahun 2022 tersebut.

HATTAN MELUAHKAN RASA KECEWA TERHADAP PIHAK PRODUKSI

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Hattan, 58, menyeru pihak penyiar TV supaya harus ada rasa bertanggungjawab untuk mengangkat industri hiburan ke tahap lebih bagus dan tinggi.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin merujuk keputusan memasukkan usahawan tular Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai peserta program Big Stage 2022 yang bukannya menyanyi bagus.

“Apa yang cuba dilakukan (pihak penyiar)? Kalau ya pun nak rating, tak payah sampai begitu, banyak cara lain lagi.

“Takkanlah pihak produksi sewaktu sesi raptai tak tahu bagaimana persembahannya? Kamu tahu peserta itu tak boleh nyanyi? Kenapa kamu panggil juga?” katanya.

Penyanyi Rendang Tak Berbuah itu tidak menafikan gimik kejutan sebegitu memang memberi impak besar daripada segi pemasaran. Tapi, ia cukup memalukan untuk industri secara keseluruhannya.

Ini seperti yang pernah saya cakap sebelum ini. Dalam program itu ada peserta dari Indonesia. Kalau orang Indonesia tengok beginilah kita punya (penyanyi) kualiti?

“Kasihan 11 (peserta) yang lain bertanding beria-ria. Hanya kerana ada satu atau dua juta pengikut, oh sudah layak? Walaupun persembahan standard begitu, punya sampah,” katanya.

Hattan turut terkilan kerana pertandingan yang diadili penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu sepatutnya dibuat selari dengan standard jauh lebih baik.

“Kita kena ada jati diri, ada maruah. Nyanyi, nyanyi juga, maruah sangat penting. Kepada pihak produksi, fikirlah secara waras sebelum buat keputusan untuk buat satu-satu programlah,” katanya.

Semalam, pengumuman Ahmad Iqbal menjadi peserta ke-12 di Big Stage mendapat kecaman ramai netizen. Apalagi nyanyiannya menerusi lagu Biarlah Bulan Bicara disifatkan terlalu teruk.

Tonton Video :

Sumber Twiter, Gempak, HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.