Semasa

Tak Mahu Terus Terpalit Lebih Lama, Akhirnya Peguam Syura, Lan dan Isteri Ambil Tindakkan Ini

LIMA sekawan yang berdepan saman fitnah penyanyi Siti Nordiana kini menggunakan khidmat pasukan guaman berbeza bagi berdepan proses undang-undang yang sedang berlangsung.

Menurut peguam Muhammad Hafiz Hood, dia bersama Alan Razak hanya bertindak mewakili tiga daripada mereka iaitu Syura Badron, Lan Solo dan isterinya, Sheila Hassim.

Sementara dua lagi individu yang terlibat iaitu Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Razidah Ahmad Senusi atau Aida G.

Dia masih tidak diketahui siapakah peguam yang akan mewakili mereka.

Akhirnya semua capai kata sepakat

Alan dan Hafiz hanya mewakili Syura, Lan serta isterinya.

Peguam yang mewakili lima sahabat itu, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, anak guamnya iaitu Lan Solo, Syura Badron, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek Aida G.

Mereka dituntut untuk membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.

“Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin),” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.

Tak Mahu Terus Terpalit Lebih Lama, Akhirnya Peguam Syura, Lan dan Isteri Ambil Tindakkan Ini

Siti Nordiana tuntut Lan, Syura dan tiga yang lain bayar RM500,000 setiap seorang.

“Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Menerusi sesi e-review itu mahkamah akan minta status kes daripada peguam plaintif sebelum perbicaraan penuh ditetapkan.

Bercakap tentang perkembangan kes berkenaan, Hafiz memberitahu mereka sudah memfailkan memorandum kehadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Selain dalam proses melengkapkan penyataan pembelaan terhadap tuntutan Siti Nordiana.

“Pihak kami sudah memfailkan memorandum kehadiran di mahkamah pada Isnin, 16 Ogos.

Kami juga dalam proses memfailkan penyataan pembelaan terhadap penyataan tuntutan Nana.

“Insya-Allah akan difailkan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu bermula Selasa,” kata Hafiz ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Sebelum ini, peguam Siti Nordiana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin berkata, kelima-lima defendan masih tidak diwakili oleh peguam.

Serta tiada kehadiran dan pernyataan pembelaan yang difailkan oleh mereka.

Buat masa sekarang, tiada perkembangan lain yang boleh dikongsikan.

Bagaimanapun, Alan tampil menjelaskan selaku peguam dia boleh memfailkan memorandum kehadiran pada bila-bila masa bermula daripada 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini.

Tambah Alan, pengurusan kes yang telah diadakan pada 10 Ogos ini adalah satu tarikh masih belum matang untuk memorandum kehadiran difailkan bagi pihak anak guamnya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata tiada sebarang perkembangan lain yang dapat dikongsikan buat masa kini memandangkan mereka belum memfailkan penyataan pembelaan.

Hafiz bagaimanapun memberitahu kemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas selepas proses memfailkan kesemua penyataan.

Akhirnya semua capai kata sepakat

Siti Nordiana turut menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

“Buat masa sekarang, tiada perkembangan lain yang boleh dikongsikan.

Bila kami dah selesai failkan penyataan pembelaan itu, barulah kami akan maklumkan apa intipati penyataan tersebut.

“Mungkin pihak kami dan peguam yang mewakili Nana akan berbincang mengenai kebarangkalian untuk mediasi di luar mahkamah.

Ia selepas pihak Nana memberi jawapan kepada penyataan pembelaan,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata kelima-lima individu terbabit dituntut membuat permohonan maaf.

Ia menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.

Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi penyataan tuntutan tersebut.

Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut Lan, Syura, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.

Tak Mahu Terus Terpalit Lebih Lama, Akhirnya Peguam Syura, Lan dan Isteri Ambil Tindakkan Ini

Alan Razak sebelum ini pernah mewakili ramai selebriti antaranya Awal Ashaari.

Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.

Untuk rekod, kontrovesi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *