Semasa

Tak Mahu Terus Dipalit, Akhirnya Lelaki ini Dedahkan Sumber Pendpatan Sebenar Ust Ebit Lew

Kisah dan cerita-cerita hebat tentang Ustaz Ebit Lew dalam melakukan kerja-kerja kebajikan tidak dapat disangkal lagi.

Bahkan di Malaysia boleh dikatakan Ebit Lew individu yang paling hebat dan paling ke hadapan dalam membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

Jika Ebit Lew datang untuk membantu, bukan sedikit-sedikit bantuan yang diberikan. Sehingga ramai terfikir mana datang duit atau dana yang diperolehi beliau?

“Ramai yang tanya saya soalan bukan-bukan.”

Itu perkongsian Ustaz Ebit Lew di Facebook beliau yang menarik perhatian warganet.

Status itu ditulis Ebit Lew pada April tahun lalu selepas timbul individu yang tidak bertnggjawab yang menudvh pendkwah popular itu menggunakan duit drma untuk membeli kereta Toyota Alphard.

“Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah.

Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah.

Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang.

Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti.

Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun burvk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul.

Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi kongsi dengan kawan.

Ada orang masuk RM2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat RM2 tu. Besar nilai untuk saya.

Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun.

Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya.

Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian.

Program keluargasunnah sekali hadir 7000 orang. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.

Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa.

Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.”

Siapa Ebit Lew?

Pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot IsIam Agamaku.

Namun siapa sangka Ustaz Ebit Lew yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal IsIam melalui salah seorang gurunya.

Maka bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci IsIam.

Jika anda masih ingat, pemilik nama sebenar Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew pernah terpalit dengan pelbagai pandangan negatif oleh sesetengah pihak, yang sepertinya tidak senang duduk melihat kerja amal yang dilakukan.

Sehinggakan sebelum ini ada pulak beberapa pihak yang cuba melemparkan tudvhan dengan menggunakan isu kereta mewah yang digunakan ustaz Ebit dalam misi bantuannya.

Netizen Dedahkan Sumber Pendapatan Ebit Lew

Tidak senang dengan tudvhan yang diIemparkan terhadap ustaz Ebit Lew, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Yusran Yusof telah mendedahkan pendapatan yang dimiliki oleh pendakwah tersebut adalah atas usahanya sendiri.

“Ada golongan-golongan b0d#h yang cakap ustaz Ebit Lew gunakan duit drma orang ramai untuk beli kereta mewah, jangan lah kita jadi bod#h.

Chanel Youtube Ustaz Ebit Lew pula, view dia lagi banyak dari Youtuber bernama Soloz (gamer terkenal Malaysia) kot.

Kalau Soloz mampu pakai Mustang dah tentu ustaz Ebit Lew mampu juga pakai alphard.

Lagipun ustaz ada perniagaan lain lagi, buku-buku hasil tulisan beliau pun banyak dipasaran. Otak jangan sempit sangat.” tulis beliau.

Dalam pada itu Yusran Yusof turut berkongsi kepada umum berapa pendapatan kasar Ustaz Ebit Lew.

“Jom kita tengok secara kasar pendapatan Ustaz Ebit Lew

Tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan, ceramah setiap bulan full seluruh negara. page Facebook ada 1.8juta followers.

Selain itu youtube dah ada 400k subscriber dengan 3k-56k USD (RM12K – RM224K), di mana pendapatan melalui Uoutube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (RM168k- RM2 juta lebih )

Banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk aset dan keluarga beliau.. ” tulis beliau.

Malah dalam satu perkongsian di Fb, Ebit turut mengakui menceritakan serba sedikit punca pendapatan beliau selepas timbul cakap-cakap belakang mengenai kekayaan beliau.

Kata Ebit Lew, bayaran diterima dari Facebook dan Youtube agak lumayan.

Profil Ebit Lew

Ebit Lew dilahirkan di Muadzam Shah, Pahang pada 21 Disember 1984 dengan nama Lew Yun Pau. Beliau merupakan anak ketiga daripada 11 orang adik beradik.

Beliau memeluk agama IsIam pada usia 12 tahun selepas mengikut rapat mengenai agama itu.

Beliau merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Sebelum itu, beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang.

Ebit Lew juga dikenali dengan beberapa produk perniagaan.

Beliau mempunyai syarikat latihan dan motivasi bernama Transform Training & Consultancy dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah.

 

Selain itu, beliau juga mempunyai jaringan pasar raya Elewsmart yang mula beroperasi pada 18 Julai 2020 dengan pembukaan cawangan pertama di Bandar Baru Bangi.

Beliau juga mengusahakan produk pakaian di bawah jenama Elew’s Design.

Selain itu, beliau juga mengusahakan rangkaian kafe restoran di bawah jenama Paramount Coffee House yang beroperasi di tiga cawangan, Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Shah Alam.

Antara pencapaian diterima Ebit Lew, beliau pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.

Beliau juga merupakan penceramah slot motivasi pagi, Slot IsIam Agamaku, IsIam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM dan Sinar.

Tanggal jubah beri kepada orang susah

“Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju burvk pergi masjid. saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar.

Sampai orang kata saya bod#h. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat sogo.

Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati.

Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat.

Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak rajin.

Didik anak jadi orang kaya takwa. Didik anak jadi pemimpin. Didik anak jadi terkenal dunia dan akhirat.

Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi saw..” akhiri Ebit Lew

Bekas rakan sekolah datang komen dan tunjuk gambar Ebit Lew

Perkongsian Ebit Lew tersebut telah mendapat reaksi yang sangat luar biasa dari warganet apabila meraih 415k tanda suka, 9k komen dan 91k ‘shares’.

Rata-rata komen warganet meminta Ebit Lew agar bersabar dan tidak melayan sebarang bentuk pr0.vokasi dari pihak yang menudvh beliau tidak ikhlas dalam melakukan kerja kebajikan.

Menjawab tudvhan itu, seorang individu dipercayai bekas rakan sekolah Ebit Lew tampil di ruangan komen mendedahkan Ebit Lew sebenarnya terbabit dalam kerja dakwah dan kebajikan sejak di zaman sekolah lagi.

” Ustaz Ebit sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam TIJB (Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru) 2001. Lama dah ustaz berdakwah..” tulis beliau.

Malah individu terbabit turut berkongsi gambar Ebit Lew ketika zaman sekolah, siap bersongkok bergambar disamping guru serta pelajar lain.

” Ustaz Ebit Lew masa di asrama pakai jubah dan serban. Itu memang baju dia. Masa sekolah je bersongkok” tulisnya lagi apabila komen tersebut mendapat lebih 100 respon.

Kemudian komen individu terbabit seakan di’iya’kan apabila Ebit Lew membalas komen berikut;

” Allah sayang semua kawan-kawan di TIJB dan semua guru-guru yang baik disana.. Allah sahaja dapat balas segala ilmu mereka dan didikan yang berharga. Suasana akhlak yang baik” tulis Ebit Lew.

Untuk rekod, Ebit Lew merupakan graduan Universiti Putra Malaysia.

Biodata Ustaz Ebit Lew

Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau

Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Umur: 36 Tahun

Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik

Bangsa : Cina
Agama: Islam

Status : Berkahwin
Pendidikan :

SK Bukit Ridan (1991-1996), SMK Muadzam Shah (1997-1999), SM Teknik Johor Bahru (2000-2001), SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003), Universiti Putra Malaysia (UPM)

Ustaz Ebit Liew
21 Pesanan Bermakna Dari Beliau
Posted on April 21, 2020

1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya.

Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya.

Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita.

Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga.

Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah.

Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”

*Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew*

Sumber:FB Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published.