Semasa

Video: Aku Masuk Semula Bank, Tiba² Semua Bangun Ucap ‘Alhamdullilah’ Sambil Tepuk Tangan

Foto sekadar hiasan

Terimaa kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Sekitar pukul 2pm aku tukar cash chaque kat CIMB Kota Kemuning nilai RM2000, bila dah dapat cash terus masuk poket tanpa aku kira berapa aku dapat..

Lepas 3 jam lbh kurang macam tu aku dapat panggilan dari CIMB untuk bertanya aku dapat duit not RM50 ke RM100.

Jadi aku jawablah dgn betul yg aku dapat duit not RM50 dan pegawai bank yg call aku tu pun terima jawapan aku.

Dengan nada yg mendesak sambil bertanya semula “betul ye not RM50” dan aku jawablah dengan jujur “ya betul not RM50” dan dia pun menghabiskan perbualan.

Aku macam tak sedap hati lalu keluarkan duit dari poket yg aku terima dari bank tadi dan kira, sebelum kira aku terasa macam duit tu lebih sebab terasa tebal lain macam.

Bila aku kira betul ada RM4000 dan aku terus ke bank CIMB untuk pulangkan baki RM2000 tu.

Sesampainya dibank sekitar pukul 5 aku minta kebenaran pak guard masuk untuk pulangkan baki duit yg terlebih tu.

Aku terus ke kaunter dan beritahu nak pulangkan duit yg staf bank bagi lebih RM2000 tadi.

Tiba2 semua staf bank bangun ucap Alhamdulillah sambil sapu tangan dimuka tanda bersyukur.

Ini sbb aku pulangkan duit yg terlebih bagi tadi dan semuanya ucapkan Terima Kasih pada aku.

Staf bank yg tersilap bagi duit lebih pada aku tadi sampai 4 kali salam aku ucap terima kasih dan tarik aku dari dalam kaunter nak peluk aku.

Sambil dia cakap biasanya kes mcm ni hanya 1% jer yg pulangkan balik.

Jangan salah faham ye staf bank tu lelaki laa..hehehe

Lepas tu aku dihadiahkan payung CIMB kat gambar tu..hehehe

Lepas aku keluar dari bank baru aku terfikir, kalaulah aku tak pulangkan duit tu ntah apa staf bank tu nak jawab dgn Branch Manager dia dan tentu Gaji atau Bonus dia kena potong RM2000..

Alhamdulillah Allah buka hati aku supaya tak gelap mata dengan duit yg tak seberapa tu, dan sudah membantu insan lain walaupun aku tak mengenalinya..

Begitulah cerita aku tentang Payung CIMB..

Kejujuran didalam hidup sesuatu yang berharga didalam diri kita. Kejujuran sangat penting bagi memperolehi kepercayaan daripada masyarakat sekeliling.

Kejujuran juga bukti yang menunjukkan seseorang itu beretika atau tidak didalam menjalani hidup seharian.

Dengan adanya nilai kejujuran didalam diri membuat diri kita lebih disayangi dan lebih ramai orang suka berurusan dengan kita

Seperti kisah ini,seorang yang dikenali sebagai Khairul Muhidin berkongsi kisah yang dilaluinya.

Satu hari pegawai bank tersilap memberikan lebih duit kepadanya semasa berurusan di kaunter.

Namun begitu,dengan nilai kejujuran yang ada didalam diri,beliau berasa bertanggungjawab untuk memulangkan semula wang tersebut di bank berkenaan.

Tetapi alangkah terkejutnya,ini situasi yang dihadapi olehnya semasa proses pemulangan semula wang tersebut.

Semoga kisah ini menjadi tauladan buat kita semua. Semoga bermanfaat.

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam berjalan-jalan di kawasan pasir bandar Madinah.

Baginda melewati selonggok makanan. Lalu baginda memasukkan tangan ke dalamnya, kemudian tangan baginda menyentuh sesuatu yang basah, maka baginda pun bertanya “Apakah ini wahai pemilik makanan?”

Pemilik menjawab: Makanan tersebut terkena air hujan wahai Rasulullah. Lalu baginda bersabda yang maksudnya:

Mengapa kamu tidak meletakkannya di bahagian atas makanan agar manusia dapat melihatnya. Barang siapa menipu maka dia bukan dari golongan kami.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya perkara yang sangat penting dalam mencari rezeki ituialah keberkatan.

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah itu adalah lebih baik berbanding dengan rezeki yang banyak tetapi tidak mendatangkan manfaat dan berkat.

Oleh itu, kita mestilah mengambil berat tentang kepentingan halal dan haram dalam berniaga atau apa-apa pun usaha dalam mencari sumber rezeki.

Ingatlah, orang yang mendapat rezeki daripada sumber yang tidak halal akan dimasukkan ke dalam api neraka.

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita semua akan terus berlaku jujur dan amanah dalam kehidupan kita seharian.

Dan memperolehi rezeki yang halal lagi berkata dan mudah-mudahan kita sentiasa mendapat limpah kurnia, rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.

Sumber : bacakami

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *