Semasa

Bayi Baru Lahir Nganga Sangkakan Minta Makanan, Terus Diberikan Bubur Akhirnya Menerima Simpati Netizen

Seperti yang ramai tahu, bayi yang baru dilahirkan hanya boleh diberikan makanan selepas mencecah usia 6 bulan, atau bergantung pada keperluan nutrisi masing-masing.

Namun, masih ada ibu bapa yang kurang arif tentang isu tersebut dan menjejaskan kesihatan anak.

Tular satu perkongsian di laman Tiktok seorang wanita yang dikenali sebagai Sulfa dilihat menyuap bubur segera kepada anaknya beberapa kali.

Keadaan yg berlaku kepada bayi ini akhirnya menerima simpati netizen. Ramai juga turut berasa gusar akan kemungkinan usus bayi itu menjadi rosak.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Kesian bayi tu..”

“Rosak perut bayi tu nanti..”¬†

Bayi yang berada dalam posisi baring itu hanya menelan sahaja setiap suapan dari ibunya.

Selain itu, terdapat juga sebuah mangkuk berisi bancuhan makanan di sisi bayi tersebut.

Video tersebut kelihatan seperti video menyuap bayi yang normal, namun telah mengundang kemarahan orang ramai.

Ia apabila wanita di dalam video tersebut mendedahkan bayi tersebut ternyata baru dilahirkan beberapa jam sebelum video tersebut dirakam.

Menurutnya, dia memahami keinginan zuriat tersebut yang ingin makan kerana bayi itu sedang membuka mulut.

Menjengah ke ruangan komen, warganet berang dan memerli wanita berkenaan dengan pelbagai sindiran pedas atas kelalaiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.