Semasa

Video: Cara Anzalna Raikan Hari Jadi ank dgn Ank² Yatim Raih Pujian Ramai

Sememangnya ketika ini, sebarang majlis atau aktiviti keramaian tidak dapat diadakan.

Jadi, semua pihak harus bertolak-ansur dengan ‘menahan’ dulu diri untuk berkumpul bersama bagi mengelakkan berlaku penularan pand.emik.

Walau bagaimanapun, ia bukan satu penghalang untuk kita turut sama bersedekah.

Hal ini dilakukan oleh selebriti cantik, Anzalna Nasir apabila meraikan hari ulang tahun anaknya yang kedua bersama anak-anak yatim.

Jangan bimbang, Anzalna dan keluarga hanya meraikan bersama anak-anak yatim melalui panggilan video sahaja.

Dan mereka tetap gembira apabila dapat menyambut hari lahir Mohammad Eidrees.

Eidrees’ birthday celebration
Tahun ni menyambut birthday Eidrees bersama Anak-anak Yatim / Asnaf tapi kami hanya boleh join melalui online sahaja.

Terima kasih anak-anak mendoakan untuk Eidrees. Hope to see you all soon. Sayang semua!

Thank you kak Ros diatas kerjasama untuk menjayakan sambutan birthday Eidrees.

Ni baru betul join melalui online

Perkongsian Anzalna dan suami itu nyata mendapat perhatian umum dan rata-rata memuji usaha pasangan ini.

Mereka tetap bersedekah tanpa perlu melanggar sebarang prosedur operasi standard (SOP).

Dengan berkongsi rezeki dan membuat panggilan video di rumah anak-anak yatim tersebut.

Sambutan hari lahir anak pertama mereka tetap meriah walaupun mereka hanya berada di rumah sahaja.

Happy birthday Eidress

Macam ni baru beauty with brain

Sumber : omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *