Semasa

“Kau apahal tiba² lslamkan Org..” Tak Sngka Ini yg Berlaku pd lnstafemes Kontroversi Ini

Selebriti media sosial, Aisar Khaledd sekali lagi mengundang kecaman pengguna media sosial apabila menghasilkan satu video memaparkan dirinya mengislamkan seorang saudara baharu.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna @Najmi__Haikal berkongsi semula video Instafamous berusia 21 tahun itu supaya warganet boleh memberikan pandangan masing-masing terhadap tindakan tersebut.

Rakaman berdurasi dua minit itu memperlihatkan Aisar yang juga pelakon baharu melakukan pendekatan secara berdakwah dengan menceritakan mengenai matlamat hidup sebagai manusia di atas dunia.

“Satu hari nanti bro, kita mati selama-lamanya. Ni dunia, takde apa-apa. Sebab tu I cakap bila kita selalu ingat mati, kita akan rasa apa perlu buat kat dunia ni.

“Jadi dua je pilihan, syurga atau neraka. Mana You mahu masuk? Syurga, betul. Tapi mestilah kita kena taat pada Allah SWT.

“Dalam hidup kita ni, berapa ramai yang mati takde agama? Mati takde Islam.

Rasa macam hidup ni penuh masalah, tau-tau mati. Akhirnya masuk neraka,” kata pelakon kacukan Melayu-Jordan itu.

Selepas bercerita tentang syurga atau neraka, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu mengajar saudara baharu berkenaan mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum saling berpelukan antara satu sama lain.

“Masya-Allah, You dah Islam brother. Allah dah sayang You, syurga untuk You. Allah dah tulis nama You kat syurga,” ujarnya.

Posting tersebut diulang kicau sebanyak 251 kali dan menerima pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan tindakan serta kelayakan Aisar bagi mengislamkan orang lain.

Menurut mereka, terdapat cara yang lebih tertib dalam penyampaian sekali gus tidak kelihatan seperti paksaan bagi seseorang itu memilih untuk memeluk Islam.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Selain kontroversi eksperimen ‘babi air’, Aisar juga pernah dikecam apabila menjadikan pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah sebagai ‘content’ video di saluran YouTube.

Sumber: Twitter @Najmi__Haikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *