Semasa

Majlis kawen lg lima hari, tp bkal lsteri dh mgandung anak Ielaki lain. Aku tpksa kawen demi maruah tp bersyarat

Kami tunang pun tak lama. Tu pun atas rekomen orang tua dan saudara mara saya. Yang jadi masalah bagi saya majlis dah dekat, dengan orang dah dijemput, katering apa semua dah dibayar.

Duit hantaran sebanyak rm10k pun dah diserahkan sepenuhnya. Kalau saya batalkan apa orang akan cakap nanti. Mana mak ayah saya nak letak muka.

Ada tak cara yang saya boleh buat tuntutan semula ganti rugi.Tunang saya pun dah banyak hari murung.

KISAH KE 2. Malam pertama adalah malam yang aku tunggu tunggukan selama ini. Tapi alangkah terkejut isteri aku bukan wanita yang suci. Aku sangat menjaga kesucian aku sebagai lelaki tapi kenapa aku dapat isteri tak suci. Aku bawa diri dan belajar untuk terima dia seadanya. Tapi yang paling mengejutkan aku, ex bf isteri datang jumpa aku dan cerita siapa sebenarnya isteri aku, aku tak sangka aku boleh kahwin dengan wanita macam tu….

Begini, aku telah menjadi suami hampir 2 tahun. Aku kenal isteri aku sekarang ni sudah hampir 5 tahun.

Sepanjang perkenalan aku memang menjaga iktilat dan tidak mahu ada istilah ziina didalam hubungan kami mahupun ziina mata dan hati.

Oleh itu, aku ingin cepat masuk meminang dan menjadikan dia isteri aku yang sah. Aku memang jaga kesucian aku sebagai lelaki, dan aku mengharap dia juga menjaga kesucian dia untuk aku.

Baju kerja terpaksa aku hantar ke dobi kerana dia tidak mengendahkan sedikitpun makan pakai aku.

Aku bersabar lagi, bagi aku mungkin kami masih baru menjalani kehidupan. Dia siap bercakap, memasak membasuh bukan tugas isteri. Suami patut buat semua tu.

Jahatkah aku sekiranya aku memohon dia untuk memasak kerana aku terlalu sibuk mencari rezeki?

Salahkah aku memohon dia untuk menjaga rumahtangga sedangkan nafkahnya aku berikan lebih setengah gaji aku?

Ya, aku tidak berkira mengenai duit. Bagi aku asalkan isteri bahagia dan menghargai aku. Didalam hal ini juga aku dipersalahkan.

6 bulan perkahwinan, aku dikhabarkan dia bertemu dengan seorang lelaki tanpa izin dari aku. Aku bertanya betul-betul adakah dia tawar hati dengan aku?

Dia mengatakan aku tiada masa untuknya. Aku jarang memberi nafkah batin kerana terlalu penat. Ya, aku penat.

Aku bekerja sebagai doktor. Kadang balik lewat dan terpaksa memasak sendiri dan mencuci baju.

Aku terlalu penat sehingga aku tidak melayan dia diatas katil. Sekali lagi, aku dipersalahkan.

Jujur memang aku ni jenis lurus, aku memohon maaf kepadanya walaupun aku rasa aku tidak membuat sebarang kesalahan.

Betulkah wanita sebagai isteri yang duduk dirumah tidak wajib untuk memasak dan menjaga rumahtangga? Adakah aku memang bersalah dalam hal ini?

2 bulan lepas kami dikejutkan yang isteri tidak dapat mengandung kerana masalah dalaman. Sekali lagi aku terpana dan menangis.

Aku memang inginkan zuriat aku sendiri. Aku rasakan perkahwinan ini tiada erti bagi hidup aku.

Sehinggalah aku bertemu dengan bekas teman lelaki isteri aku biar aku namakan sebagai Amir. Amir menceritakan segala perbuatan isteri ku dimasa silam.

Isteri aku cukup suka menjadi orang ketiga permusnah rumahtangga orang. Dan mungkin ini adalah kifarah untuknya kerana melakukan dosa dahulu.

Aku terpana, kenapa kifarah ini sehingga aku pun terbabit sama? Apakah dosa aku sehingga aku diberi ujian sebegini. Sudahlah setiap apa yang berlaku aku disalahkan.

Aku menangis semahunya sehinggalah sekarang aku masih tidak dapat redha dengan apa yang berlaku.

Aku cuba untuk senyum dan anggap perkara ini ujian buat kami, tapi aku manusia biasa, aku masih tidak dapat redha. Hati aku semakin tawar, aku semakin tidak mahu balik ke rumah.

Apa perlu aku buat?

Aku mohon sangat-sangat nasihat dari warga IIUMC, apa perlu aku buat?

Adakah betul aku yang salah dari mula?

Adakah betul aku sebagai lelaki yang baik tidak perlu tahu tentang masa silamnya?

Adakah betul semua tanggungjawab dirumah aku yang perlu buat?

Aku buntu. Tolonglah aku…

Sumber krt

Leave a Reply

Your email address will not be published.