Semasa

Agensi yg ‘Menipu’ 380 Bakal Jemaah Haji Akhirnya Didedahkan Netizen, Melibatkan Individu Terkenal

Foto: Berita Harian

Hasrat lebih 380 jemaah haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci tidak kesampaian.

Ia selepas mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Bukan itu sahaja, mereka juga mendakwa agensi pelancongan tersebut tidak pernah menunjukkan tiket penerbangan dan visa kepada bakal jemaah haji.

Agensi Terlibat Didedahkan

Menurut salah seorang jemaah Haji dari Kelantan, Marina Abu Zahar,52, mereka telah menunggu daripada jam 12.00 tengah hari selepas selesai taklimat terakhir pada malam sebelumnya yang memaklumkan mereka akan terbang pada jam 4.25 petang Khamis.

“Kita berkumpul dari jam 12.00 tengah hari, dia tunda kepada jam 7.00 malam. Sebab keadaan agak tegang, jadi kita cuba bertanya, tapi jawapannya sabar dan sabar.”

Sebak dengan keadaan itu, Marina berkata bahawa itu kali pertama dia akan mengerjakan haji namun telah diperdaya oleh sindiket tidak bertanggungjawab.

Twitter Sumber : Twitter

Lapor agensi berita itu lagi, terdapat kekecohan telah berlaku di KLIA setelah salah seorang ahli agensi perlancongan itu dikerumuni jemaah yang menuntut penjelasan atas perkara yang berlaku.

Malah, pasportnya dan jemaah lain juga masih lagi dipegang oleh agensi perlancongan berkenaan.

“Saya cuma nak beritahu kepada Tan Sri *** , tolonglah sedar, jangan permainkan agama, jangan perkotak katikkan perasaan orang nak pergi haji.”

Sumber: Berita Harian, Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.