Semasa

Mengejutkan Apabila Mengetahui Indentiti Tiga Wanita yg Disorok Dalam Bonet Kereta

Shah Alam: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup enam pendatang asing tanpa izin (Pati) Myanmar dari Kota Bharu, Kelantan ke Klang di Persiaran Tun Teja, Alam Impian dekat sini, semalam.

Lelaki tempatan berusia 31 tahun yang memandu Nissan Teana berwarna hitam ditahan Bahagian Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam jam 1 tengah hari.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap beg yang dipakai lelaki berkenaan menemui peralatan menghisap daadah serta satu plastik yang mengandungi 50 biji pil berwarna merah dipercayai pil kuda.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom 2007); Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 39A (1) Akta Daadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Reman terhadap suspek warga tempatan selama 28 hari mengikut Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala enam warga Myanmar selama 14 hari.

“Pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai berkaitan kes ini. Maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Afendi di talian 016-7252948,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.