Semasa

Pɑyu’dɑrɑ Membesɑr SeIepɑs Suntikɑn Pfizer AdɑIɑh NormɑI

Semua vaksin yang diluluskan untuk penggunaan di Malaysia adalah selamat dan berkesan.

Vaksin yang paling bagus adalah vaksin paling awal yang ditawarkan kepada anda.

Pengambilan vaksin untuk melindungi komuniti daripada penyakit COVID-19 yang teruk adalah prioriti sekarang.

Pemberian suntikan vaksin COVID-19 di seluruh negara akan beralih kepada jenis Pfizer, susulan pertambahan bekalan pelalian berkenaan yang tiba di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Malaysia ketika ini mempunyai tempahan bekalan vaksin Pfizer sebanyak 44.4 juta dos, untuk diagihkan kepada 22.2 juta penduduk.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan sesetengah negeri akan mula beralih kepada pemberian suntikan Pfizer, berbanding jenis lain termasuk Sinovac.

“Bekalan vaksin utama kita sekarang ialah Pfizer, jadi kita akan pertingkatkan vaksin jenis ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara,” katanya pada sidang media, hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, hari ini dilaporkan berkata pengagihan vaksin Sinovac di negeri berkenaan akan ditamatkan, mulai akhir Julai ini dan diganti dengan Pfizer, di semua PPV di Kelantan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pula menjelaskan bekalan simpanan bagi vaksin jenis Sinovac untuk suntikan kedua di seluruh negara adalah mencukupi dan akan diteruskan.

“Bekalan Sinovac yang ditempah ialah 16 juta dos, justeru separuh daripadanya untuk menampung bekalan suntikan dos kedua. Ini akan diteruskan.

“Sebenarnya bukan saja Kelantan, tetapi negeri-negeri lain akan mula bertukar kepada pemberian vaksin COVID-19 jenis Pfizer,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) akan bersidang esok untuk memberikan kelulusan penggunaan bersyarat terhadap vaksin jenis Sinopharm.

Beliau berkata, kelulusan vaksin keenam dalam portfolio Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu diberikan selepas Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) meneliti ‘dosier’ daripada syarikat farmaseutikal dari China berkenaan.

“Vaksin Sinopharm sudah diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tetapi syarikat farmaseutikal itu baru hantar dosier kepada NPRA.

“Dalam tempoh kurang sebulan, kita sudah nilai ‘dosier’ Sinopharm dan akan beri kelulusan bersyarat esok,” katanya.

Payvdara boleh membesar dgn suntikan Pfizer

Di San Francisco, Sebilangan pakar berpendapat simptom payudara membesar selepas suntikan vaksin Pfizer seb3narnya tindak balas imunisasi yang berlaku.

Ia selepas individu tersebut disuntik pada bahagian lengan, lap0r akhbar Daily Star semalam.

Pengarah Pusat Penjagaan Payudara Universiti California San Francisco, Dr. Laura Esserman berkata, apabila individu itu disuntik pada bahagian atas lengan.

Ia adalah normal bagi kelenjar limfa untuk membengkak sebagai sebahagian daripada tindak balas imunisasi.

“Saya pasti beratus-ratus ribu wanita akan mengalami keadaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan yang menyebut bahawa ramai wanita di Amerika Syarikat (AS) berasa bimbang.

Ini kerana mengalami bengkak pada bahagian payudara selepas menerima suntikan vaksinasi Covid-19 yang dikhuatiri merupakan simptom kanser payudara.

Keadaan itu telah menyebabkan bilangan wanita di negara itu menemui doktor bagi menjalani ujian mamogram meningkat.

Selain di AS, perkara serupa turut dilaporkan di seluruh dunia, di mana ramai wanita mendakwa payudara mereka membesar.

Ia selepas menerima suntikan vaksin Pfizer sekali gus mewujudkan istilah ‘pembesaran payudara Pfizer’.

Menurut beberapa pakar, selain sakit tekak atau simptom seperti selesema, payudara membengkak boleh berlaku kepada sesetengah individu selepas mendapatkan suntikan.

Bagaimanapun, Kolej Radiologi Diraja Australia dan New Zealand melaporkan keadaan bengkak seperti itu tidak berlaku dalam kalangan wanita yang menerima suntikan vaksin AstraZeneca. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *