Semasa

Samseng yg Pecahkan Cermin Kereta, dan Ugut Wanita Di Dalamnya Sudah Ditahan, Mengejutkan Ini yg Berlaku

Kota Bharu: Pemandu Toyota Vios yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, di sini, Khamis lalu akhirnya ditahan polis.

Suspek lelaki berusia 45 tahun ditahan di rumahnya di Nilam Puri, 6.30 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek kini ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa membunyikan hon sehingga menimbulkan kemarahan kepada suspek.

“Saya mengingatkan kepada mereka yang melakukan buli di jalanan, kita akan memastikan mereka tidak akan terlepas dan akan menerima hukuman setimpal,” katanya.

Dua rakaman video masing-masing berdurasi dua minit 16 saat dan 36 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

Muhamad Zaki berkata, usaha mengesan suspek sedang digerakkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan 427 KK.

“Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan memandu dengan berbahaya dan hukuman penjara selama dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya bagi kesalahan khianat harta benda.

“Bagi kesalahan mendatangkan ugutan jenayah, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Sehubungan itu, kami mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut perasaan tanpa pertimbangan yang sewajarnya dan tindakan tegas akan diambil jika perkara itu mendatangkan ancaman kepada individu yang lain,” katanya.

Tonton Video

Leave a Reply

Your email address will not be published.