Semasa

Cucu Perempuan HiIang, Lepas 3 Hari Ada Sesuatu Menarik Atuk Masuk Dalam Kain

Terdapat ungkapan yang mengatakan kerja melipat kain adalah kerja yang paling susah di rumah, antara percaya atau tidak.

Sudahlah kerja, balik rumah terpaksa hadap ‘gunung kain’ dalam bilik. Lagi parah kalau mood nak lipat kain tak muncul-muncul dan akhirnya bertimbun depan TV atau atas sofa!

Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang SEHARI.

Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12pasang sehari.

Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain.. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya.

Semua akan mengganggu mental&emosi mak2 kan? Nanti mulalah stress, nak marah, penat bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati. Hiii mak-mak je memahami situasi gini.

Cucu Hilang 3 Hari Sebab Tak Lipat Kain

Kisah ini menjadi tular di media sosial yang mengisahkan cerita mengenai cucu seorang pakcik yang hilang dah 3 hari tanpa ditemui!

Begini kisahnya.. Aku tahu, ramai dak-dak pompuan kat sini yang pemalas nak lipat kain.

Selalu la aku baca pos dia orang pasal nak upah orang la, laki bagi upah baru dia orang nak lipat kain la, nak beli mesin yang boleh lipat kain tak payah korang buat la…

Orang tua-tua zaman dulu cakap, kain jangan dibiarkan bertimbun. Katil tempat tidur jangan dibiarkan berselerak dan tak dikemaskan.

Korang tahu tak, j1in yakmat suka duduk kat dalam kain-kain yang korang malas nak lipat tu.

Haaa… korang dah sediakan tempat tidur dia, tu pasal la korang asyik dengar bunyi guli dan orang main tarik perabot.

Ni cerita masa atuk aku hidup lagi. Bapak aku cerita tadi, aku kongsikan dengan korang.

Ada sorang pak cik ni datang cari atuk aku. Cucu dia hilang. Dah tiga hari katanya. Jadi, atuk aku pon pergilah nak tengok apa yang boleh ditolong.

Macam biasalah, atuk aku bawak Quran dia.

Dah selalu ada kat tangan dia kan. Atuk aku sampai je ke rumah tu, dia terus mintak izin nak masuk ke dalam bilik.

Bilik ni bukan bilik tidur tapi ada katil.

Bilik ni dia orang guna untuk letak baju-baju yang dah diangkat dari ampaian. Malas lipat, timbunkan kat situ.

Atuk aku berdiri kat tepi katil tu. Dia baca doa lepas tu dia seluk tangan dia ke dalam timbunan kain kat atas katil tu.

Actually, tak banyak pon timbunan kain tu sebab dia orang dah melipat sejak budak tu hilang. Nak melayan risau agaknya, lipat kain.

Kiranya busut kain tu tak tinggi mana. Tak banyak mana. Atuk aku seluk tangan dia ke dalam kain tu.

Entah apa yang dia cari tapi masa dia menggagau tu, tangan dia kena tarik dengan kuat.

Tersembam muka atuk aku kat kain-kain yang bertimbun tu sampai dia dah macam nak masuk ke dalam kain tu.

Atuk aku melaw4n. Dia baca ayat-ayat suci. Keluar bunyi mer4cau. Benda tu melawan. Katil tu bergegar kuat.

Tapi kain yang bertimbun tu tak jatuh pulak. Macam dah kena gam. Macam-macam bunyilah keluar.

Entah apa yang atuk aku baca, tiba-tiba keluar api kat timbunan baju tu.

Pastu beras4p. Bau dia, hangit! Atuk aku baca Yasin Mubin sebab maksud ‘Mubin’ tu sendiri ialah tunjuk. Nyata. Serlahkan.

Dalam surah yasin tu ada tujuh mubin. Sampai kat setiap mubin, atuk aku berdoa. Pelan-pelan dia tarik tangan dia. Tak lama lepas tu, nampak tangan budak kecik tu.

Lepas tu badan dia pulak sampai habis atuk aku tarik dia keluar dari timbunan kain yang tak tinggi tu. Budak tu dah longlai.

Satu badan dia lebam. Cairan merah dia kena his4p derrr… “Hari-hari kami lipat kain…” kata nenek budak tu. Muka tak percaya habis.

“Jangan biar kain bertimbun. Jin suka duduk kat dalam kain bertimbun. Katil kena kemas selalu.

Bila nak baring kat atas katil,tepuk tepuk dulu serata tilam tu dengan kain sambil baca ayat Kursi.

Jin suka tidur kat atas katil kita. Tak halau, dia tidur dengan kita la…” kata atuk aku.

Tak ser4m sangat la… tapi pengajaran la pada yang malas nak lipat kain… ha ha ha ha. Ha, lepas ni boleh la korang rajin-rajinkan diri melipat baju yang bertimbun di rumah korang tu.

Kalau malas sangat-sangat nak lipat kain ni, korang beli la hanger banyak-banyak dan gantungkan saja.

Satu lagi tips yang berguna, korang jangan lah kumpulkan terlalu banyak baju untuk dibasuh, sebab nanti memang akan rasa malas nak lipat baju bila tengok terlampau banyak.

Jom tengok nak kasi setel macam mana.

Langkah 1

lipat kain

1. Sediakan bakul untuk setiap anak

2. Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa

3. Jangan beli bakul besar-cari yg sederhana aja.. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat” akan menggunung juga.

Kalau kita tak sempat nak lipat pun, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak.

Langkah 2

lipat kain

Nampak tak beza dia?

Gambar atas dan bawah sama je. Kain baju yang belum dilipat.

Bezanya yang atas ada 1 bakul macam-macam saiz baju.

Yang bawah kita dah sort, tau dah baju sapa.

Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata mak-mak kan?

Langkah 3

lipat kain lagi

Percaya tak, Bagi setiap bakul tu, masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pun.

Kenapa?

1. Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejooook hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ.

2. Pengkhususan: pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama. Ini semua menjimatkan MASA.

3. Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yg belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal dua. Sekali lagi, PSIKOLOGI, kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.

4. MOTIVASI

YESSSS. tinggal satu bakul je belum lipat? Maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyak nau nak lipat!!!

Mak-mak ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan?

Langkah 4

lipat kain 5

Last, cara kita susun baju dalam almari anak.

Cara ni pun cikgu jumpa dalam FB. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih.

Sekarang dah pandai susun gini, anak2 pun senang nak pilih baju sendiri.

Dan takde kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah.

Langkah 5

cara lipat kain

Yang ni je cikgu susun berlapis.

Hero 3 orang tu banyak baju yg seragam

Mana yang seragam je cikgu susun berlapis gini.

Nak pakai seragam, tarik je. Tak perlu bukak sampai 3 laci.

So itu aje tip yang cikgu nak kongsi memandangkan cikgu setel segala menda sorang diri, takda bibik, anak 4, keja opis hour, shaklee 24jam.

Emosi pon tak terganggu.

Kita jadi mak-mak yang sistematik aje.

Esok p la beli bakul. Kikikiii..

Itupun kalau tips ni sesuai dengan puan-puan.

Tip mak kepada mak!

Sekian, terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.