Semasa

Jumpa Maayat Suami Trgantung Dgn TaIiBuaian, lsteri Kerap Trauma Terbayang Kaki Terjuntai DIm Bilik

SOAL jodoh, maut serta rezeki sememangnya kententuan Yang Maha Esa.

Namun siapa sangka, suami yang dikahwini sejak 18 tahun lalu pergi buat selamanya meninggalkan wanita ini terkontang-kanting membesarkan empat anak mereka.

Lebih tragis, si suami meninggal dunia dengan cara yang langsung tidak terjangkau dek fikirannya mahupun anak-anak.

Kisah menyentuh hati yang menimpa keluarga ini dikongsikan aktivis kemasyarakatan, Natipah Abu, di laman Facebook selepas diceritakan kembali oleh wanita bernama Yuliana Zainal.

“Beberapa kali, saya cuba bertanya apa yang mengganggu fikirannya. Tapi dia bertegas mengatakan saya tak perlu tahu, biarlah dia sendiri yang memikirkannya,” tulis Natipah sebagaimana yang diceritakan kembali oleh Yuliana.

Munurut Yuliana, 43, sekalipun keadaan suaminya banyak berubah sehingga tidak keluar bekerja menyara keluarga, namun dia sama sekali tidak memarahi lelaki berkenaan kerana cuba memahami situasi yang dihadapinya.

“Sekitar jam 4 petang, ketika saya pulang, saya nampak motosikal suami ada di luar rumah. Saya lega kerana suami akhirnya pulang ke rumah.

“Apabila melangkah ke dalam rumah, saya dengar bunyi air paip dari arah bilik kami. Saya sangka suami saya sedang mandi. Lama tidak keluar, saya memanggil-manggil suami. Tetapi panggilan saya tidak berjawab.

Kita juga hendak membaiki kerosakan utama dan membeli keperluan utama rumah ini agar kelima beranak ini tidak terus hanyut di dalam kesedihan.

“Saya pun masuk ke dalam bilik. Saat masuk, terasa hendak putus nyawa apabila ternampak tubuh suami tergantung dengan tali buaian terjerut di leher.

“Saya tak mampu hendak berkata apa-apa lagi. Meraung saya memeluk kedua belah kaki suami yang terjuntai. Terasa gelap gelita dunia saya,” ceritanya yang menetap di sebuah kampung di Baling, Kedah.

“Saya kesian kepada anak-anak. Mereka menanggung kesan trauma yang bukan mudah untuk diluah,” ujar ibu kepada empat cahaya mata berusia dalam lingkungan lima hingga 17 tahun.

Mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga ketika ini, Yuliana yang hanya mengambil upah mengopek ikan bilis sebagai mata pencarian berkata dia sedaya upaya mencari rezeki agar pelajaran anak-anaknya tidak terabai.

“Walaupun kami susah, persekolahan anak-anak tak pernah kami abaikan. Anak sulung saya sangat cemerlang dalam pelajaran dan berada di asrama penuh.

“Hanya pelajaran saja yang mampu saya beri kepada anak-anak demi masa depan. Saya berharap anak-anak saya memiliki masa depan yang baik berbanding apa yang saya ada dan lalui hari ini,” katanya lagi.

Sehubungan itu menurut Natipah, dia menggerakkan inisiatif Sedekah Jumaat bagi membantu Yuliana dan empat anaknya membina hidup baru setelah kematian ayah mereka baru-baru ini.

“Selain membeli kelengkapan hari raya, kita juga hendak membaiki kerosakan utama dan membeli keperluan utama rumah ini agar kelima beranak ini tidak terus hanyut di dalam kesedihan,” kata Natipah.

Sehingga kini perkongsian Natipah di laman Facebook meraih 263 shares.

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.