Semasa

Ebit Lew Baru Buat Laporan PoIis, Sekali Terjadi Sesuatu Mengejutkan Di IG Caprice

PETALING JAYA: Kaedah kemasukan pasukan Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit IrawanIbrahim Lew ke Semenanjung Ga.za.

Ia dikatakan bakal memberi kesan besar kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain dalam memberi b.antuan kepada penduduk di PaIestin.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini tinggal di G.aza berkata, kaedah diamalkan oleh semua NGO yang beberapa kali masuk dan keluar ke Semenanjung G.aza adalah melalui pintu sempadan Rafah di Mesir.

Ini dengan melalui NGO antarabangsa, Miles of Smiles.

Katanya, dianggarkan kira-kira 200 hingga 300 orang sahaja yang dapat memasuki Semenanjung itu dalam masa setahun.

“Jika sebelum ini banyak NGO boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baharu.

Iaitu dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi.

“Ini kerana hasil desakan dan kesungguhan pihak kerajaan membuat kerjasama Malaysia-Mesir hanya untuk melepaskan misi pasukan Ebit Lew.

Akhirnya mereka berjaya masuk ke Semenanjung Ga.za tanpa mengira kos yang perlu di bayar dan kesan besar selepas itu.

“Hasil desakan tersebut mereka berjaya masuk dengan syarat penggunaan khidmat syarikat Hala untuk masuk,” katanya dalam saluran Telegramnya, hari ini.

Sebelum ini, timbul sengketa antara Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli dan Ebit Lew yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ia sehingga meraih pelbagai respons daripada masyarakat dan warganet.

Menurut Muhammad Nadir Al-Nuri, perkhidmatan syarikat itu bukan rahsia bagi penduduk di Gaza, bahkan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya.

“Sebanyak AS$ 1200 seorang untuk warga tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar serta mendapat layanan istimewa tanpa perlu banyak berhenti.

“Untuk orang luar, pastinya bayaran yang dikenakan lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau hendak diberi layanan VVIP dengan iringan kenderaan berperisai,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pihaknya menyeru supaya memperbaiki kelemahan atau kekurangan pada masa hadapan.

“Pimpinlah perjuangan kemanusiaan dengan pihak berkaitan, sama-sama berpegang untuk membantu.

Dan bukan dengan cara membuat kerja tanpa menoleh kiri kanan serta tidak menghiraukan kesan buruk yang terpaksa ditanggung badan-badan lain yang telah memulakan dan meneruskan perjuangan nafas panjang,” katanya.

Ustaz Buat Laporan

Sebentar tadi, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah melakukan sidang media berhubung fitnah-fitnah yang diterima sejak kebelakangan ini.

Sidang media tersebut dilakukan selepas membuat laporan polis mengenai tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh beberapa pihak dan laporan berkenaan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau turut membuat siaran langsung di laman media sosialnya bagi menegaskan bahawa semua yang diperkata adalah fitnah terhadapnya.

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian di IG story Influencer terkenal, Caprice, dia memaklumkan yang tidak jadi membuat live IG berkenaan pendedahan disebalik misi kemanusiaan team Ebit Lew ke Gaza tempoh hari.

Dalam kapsyen yang dinyatakan, Caprice telah meminta maaf kepada semua kerana tidak dapat membuat live IG seperti yang ditunggu-tunggu sebelum ini.

“Minta maaf guys, ade orang sudah buat laporan polis dan Caprice tak dapat buat live 10pm malam ini. InsyaAllah the truth will be revealed by itself.” tulisnya.

Terdahulu, Caprice telah memuat naik beberapa pendedahan berkenaan misi kemanusiaan team Ebit Lew sehingga membuatkan ramai yang terkejut.

Namun, pendedahan daripada Nadir Al Nuri pagi tadi benar-benar memberi tamparan kepada semua apabila beliau menulis berkenaan kontroversi misi kemanusiaan yang dijalankan oleh pihak pendakwah tersebut baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, pihak Ebit Lew telah menafikan hal tersebut sekerasnya dalam sidang media yang dilakukan selepas membuat laporan polis berhubung isu hangat ini.

Sumber: Facebook Malaysia Gazzette, Instagram Caprice

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *