Semasa

Suami Selamat Balik ke Rumah, Eina Azman Menceritakan Apa Sebenarnya Berlaku sgt Mengejutkan

Pelakon, Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa syukur apabila suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet sudah dibenarkan keluar hospital selepas dirawat akibat Covd-19 tahap 4.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman yang juga sudah bebas jangkitan vrus itu.

Dia mengakui berdepan detik sukar apabila memikirkan keadaan suaminya sebelum ini.

Menurut pelakon berusia 26 tahun itu, dia tidak senang duduk apabila mengetahui paras oksigen suaminya kurang stabil.

Dan telah mencuba pelbagai cara bagi menaikkan semula tahap oksigen tersebut.

“Syukur alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikirkan keadaan suami saya yang kena Covid-19 tahap 4 dan paru2 pun dah merebak 30%.

“Dengan oksigen yang turun naik dan doktor pun ada cakap kalau dalam masa 2-3 hari oksigen tak ok suami kena masuk ICU.

Kalau boleh saya memang tak nak suami saya masuk ke ICU.

“Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu. Hanya Allah saja yang tau perasaan saya yang tak senang duduk.

Memikirkan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar macam2 cara untuk cuba sembuhkan suami saya,” katanya.

Selain itu, Eina juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan keluarganya selain pengikut yang telah berkongsi pelbagai tips untuk membantu tahap kesihatan suaminya.

“Saya ingin ucapkan terima kasih banyak2 kepada keluarga, kawan2 dan semua followers saya yang tak henti2 mendoakan dan bagi saya macam2 barang dan tips untuk cuba sembuhkan suami saya.

“Saya tak mampu nak balas semua mesej. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa2 yang baik untuk diri saya, suami dan bibik2.

“Sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga daripada doa2 u all yang Allah makbulkan. Syukur alhamdulillah,” luahnya.

Terdahulu, Eina memaklumkan dia dan suami serta dua orang pembantu rumahnya disahkan positif Covd-19 dimana jatuh pada hari ulang tahun perkahwinannya yang ke-7 pada 31 Ogos lalu.

Sumber: Instagram Eina Azman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *