Semasa

Teguran Pedas Elfira Loy Kepada Yg Taknak Ambil Booster Tapi Nak Lepak Merata Akhirnya Mendatangkan Padah

Pelakon Elfira Loy meggesa orang ramai yang ingin keluar bersosial atau pergi ke tempat orang ramai untuk mengambil dos penggalak terlebih dahulu.

Elfira turut menyatakan rasa pelik apabila ada individu yang tidak percaya dengan laporan kes harian Covid-19 yang kembali meningkat.

Tiga hari lalu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menggesa individu berusia 60 tahun ke atas dan penerima dos lengkap vaksin Sinovac mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac depan.

Jika enggan berbuat demikian, status vaksinasi akan bertukar menjadi tidak lengkap walaupun sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac.

Khairy Jamaluddin berkata, berikutan itu individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19, serta berdepan dengan beberapa sekatan.

Kenyataan Elfira tersebut mendatangkan padah apabila menerima pelbagai reaksi negatif dari netizen antaranya:

Sumber : Awatt Syeikhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published.