Semasa

Hiina Pendapatan Pekerja Machine di KLCC, Tindakkan Bunga Bandingkan Gaji Mengundang Padah

Baru-baru ini, tular di laman sosial penyanyi Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari meluahkan rasa kesal terhadap layanan buruk yang diterimanya daripada pekerja dari premis Machine di KLCC.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yanaothmannn di laman TikToknya, Bunga memaklumkan dia telah pergi ke premis tersebut untuk bertanya mengenai adapter yang ingin dibeli boleh digunakan pada telefon bimbit serta iPad jenama Apple kepada seorang pekerja.

Namun tindakkan Bunga membandingkan gaji dia dan staff di Machine KLCC tersebut mengundang padah. Ini apabila rata-rata netizen mengecam tindakkannya itu.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Terpaling riak tu..”

“Malaikat x tanya pun gaji berapa..”

Menurut Bunga, pekerja tersebut memberi jawapan yang tidak sewajarnya kepada memandangkan pada ketika itu dia hanya memakai t-shirt serta sweatpants biasa apabila memasuki premis itu.

Katanya lagi, dia menggunakan nada suara yang sopan ketika berurusan bersama pekerja tersebut namun, pekerja itu masih tidak memberi layanan yang sepatutnya kepada Bunga sebagai seorang pelanggan.

Susulan kejadian itu, penyanyi kelahiran Perak itu berharap agar pekerja di luar sana memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan yang datang tanpa menghakimi seseorang daripada luaran sahaja.

Ada Netizen Bersetuju

Walaubagaiamanapun, ada netizen bersetuju dan turut mendedahkan mereka juga mengalami pengalaman yang sama ketika membeli peralatan elektronik di premis tersebut.

Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang berpendapat tidak semua pekerja premis Machine memberi khidmat pelanggan yang teruk sama seperti apa yang berlaku kepada Bunga.

Tonton Video di TikTok @yanaothmannn

Leave a Reply

Your email address will not be published.