Info Semasa

Hakim Belanda lawat lokasi bangkai MH17

THE HAGUE: Pasukan hakim Belanda mengunjungi lokasi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 2014 buat pertama kalinya hari ini.

Suasana perbicaraan empat suspek membabitkan pesawat yang membawa 298 penumpang dan anak kapal yang ditembak tentera Ukraine pada 2014 ‘penuh emosi’.

Rangka bahagian depan pesawat itu dibina semula dengan kerangka wayar di pangkalan tentera udara Gilze-Rijen di Belanda.

Perbicaraan tiga warga Russia dan seorang rakyat Ukraine ke atas pesawat Boeing 777 yang ditembak jatuh itu bermula pada Mac tahun lalu berikutan hujah undang-undang.

Perbicaraan itu berlangsung tanpa kehadiran semua suspek.

“Kami sedar lawatan ke lokasi pembinaan semula MH17 yang juga sebahagian proses jenayah rasmi akan meninggalkan kesan emosi yang mendalam khususnya kepada waris dan keluarga mangsa.

“Ia adalah pesawat yang dibina semula yang semua mereka dalam penerbangan ke suatu destinasi, namun ia tidak pernah sampai susulan terhempas akibat ditembak dan semua di dalamnya meninggal dunia,” kata Ketua Hakim, Hendrik Steenhuis.

Katanya, hakim turut memeriksa luar bangkai pesawat yang masih bercat putih, merah dan biru Malaysia Airlines sebelum menaiki tangga untuk melihat kerosakan seterusnya.

Pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine yang dikuasai pemberontak pro-Russia.

Semua penumpang dan anak kapal disahkan meninggal dunia.

Siasatan antarabangsa menyimpulkan peluru berpandu BUK yang awalnya berasal dari Briged Peluru berpandu Anti-Pesawat ke-53 tentera Russia yang berpangkalan di bandar Kursk adalah pihak yang bertanggungjawab.

Bangkai pesawat itu dikumpulkan sebelum dibawa kembali dari timur Ukraine yang dilanda perang dengan kereta api dan pesawat ke pangkalan tentera udara di Belanda.

Sumber : AFT / bharian com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.