Semasa

“Kami kenal sejak..” Akhirnya Pelakon Hanis Kamal Dedahkan Juga Apa Hubungannya dgn Ira Kazar

Sejak bulan lalu nama Ira Kazar menjadi bualan ramai apabila didakwa menjadi orang ketiga menggangu rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.

Terbaru, nama pelakon Hanis Kamal Bakar terpalit juga gara-gara tular video dirinya bersama Ira dan dituduh pernah bercinta dengan wanita berkenaan.

Memetik Astro Gempak, Hanis berkata tuduhan tersebut membuatkan dia kesal apatah lagi mengenali dan menjaga hubungan baik dengan Ira dan bapanya Kazar selain pelakon, Puteri Sarah Liyana.

“Saya mula mendapat tahu selepas beberapa pengikut menyebut nama Ira Kazar ketika saya sedang bersiaran langsung di TikTok. Ada juga yang meninggalkan komen seperti ‘Woi ex Ira’.

“Pada waktu itu saya jadi terpinga-pinga. Tapi, saya anggap sahaja ia gambar lama sehingga adik ipar saya berkongsi akaun yang berkongsi video tersebut dengan kapsyen tertulis #HanyaMerekaYangTahu.

“Hal ini amat membimbangkan kerana secara tiba-tiba saya terlibat dengan Ira. Ya, saya baik dengan Uncle Kazar dan kenal Ira sejak kecil.

“Dan dalam masa sama saya juga baik dengan Puteri Sarah. Jadi, saya tidak mahu rosakkan hubungan dengan kedua belah pihak,” katanya.

Dalam pada itu, kata pelakon itu lagi dia sudah pun tampil membuat laporan polis kerana fitnah tersebut boleh menjatuhkan kerjaya serta mengganggu perniagaannya.

“Sebab boleh datangkan fitnah, jatuhkan career, rosakkan hubungan saya dengan kedua belah pihak dan juga mengganggu hubungan bisnes saya.

“Founder produk pun ada tanya saya tentang hal ini. Lagipun, zaman sekarang netizen ni kadang-kadang bila salah faham tak selidik betul-betul, mereka terus kecam,” katanya.

Kata Hanis lagi, jika video tersebut tidak dipadam oleh pengguna TikTok tersebut, dia akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Jika pengguna TikTok itu tidak  juga padam video berkenaan, saya boleh merujuk terus kepada SKMM untuk tindakan lanjut. Menurut pegawai polis, saya boleh minta SKMM untuk padam video tanpa memberitahu tuan empunya akaun,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.