Semasa

Peminat ‘cucuk’ Iqbal suruh saman Ajai, mengaku pedih dengar komen juri sekali lqbal luah segalanya walau apa pun kata Ajai pada saya

TERSINGKIR pada minggu kedua program nyanyian Big Stage 2022, usahawan kontr0versi Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui kecewa kerana tidak dapat meneruskan saingan dalam pertandingan nyanyian itu.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerima keputusan juri dengan hati terbuka, Iqbal, 28, berkata dia meletakkan harapan untuk kekal berada dalam program tersebut dan melakukan yang terbaik semasa persembahannya itu.

“Sejujurnya sedikit kec3wa tersingkir… saya ada letak harapan nak kekal dan teruskan menyertai program ini. Saya pun sedang belajar dan baru nak panas, rasa selesa bekerjasama dengan semua orang termasuk peserta lain yang sebaya dengan saya, kami baru nak rapat.

              

“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian… straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan.

“Awak tak dilahirkan sebagai penyanyi… ada rezeki lain. Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu, tempo terabur,” komen Ajai.

iqbal 3

Iqbal tidak akan berhenti menyanyi.

Mengulas mengenai komen pedas juri itu, Iqbal mengakui tidak terasa hati dengan krit1kan berkenaan, namun menegaskan sama sekali enggan berhenti mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

“Saya tak sentap, okay sahaja, menerima dengan hati terbuka dan serap semua komen yang diberi oleh orang yang lebih lama dan berpengalaman dalam industri.

“Walaupun ada penyokong saya mar4h di laman sosial dan minta saya sam4n Ajai kerana komen begitu tapi saya terima daripada sudut positif sahaja. Meskipun pedih tapi saya kena reda dengan komen yang diberikan juri.

“Walau apa pun kata Ajai, itu tak bermakna saya akan berhenti, kata-kata itu tidak akan membuatkan saya putus asa atau berhenti daripada menyanyi. Saya bukan nak jadi hebat cuma saya berminat untuk belajar lebih lagi mengenai muzik dan mahu jadi seorang penghibur.

 

“Saya tak mahu pertikaikan komen juri itu tapi sejujurnya saya tak boleh berhenti menyanyi, kata-kata itu sama sekali tidak menutup minat saya. Saya akan tetap teruskan minat ini. Kalau boleh saya nak galakkan semua orang belajar vokal bukan semata-mata untuk jadi penyanyi tapi kerana ilmu dan minat,” ujarnya.

Tonton Video:

 

Sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.