Semasa

Iris Leona Mohon Netizen Dan Media Jangan Gunakan Dirinya Sebagai Tajuk Utama

Kecoh  di laman sosial, anak gadis kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona apabila dia seperti sengaja menunjukkan dadanya kepada ketika membuat konten video.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Leona di laman TikToknya, dia yang ‘kebal’ dengan kecaman netizen telah memuat naik sebuah video dengan memakai pakaian yang agak mencolok mata.

Apa yang membangkitkan kemarahan ramai, remaja yang baru sahaja berusia 20 tahun itu seolah-olah sengaja menunjukkan ‘asetnya’ kepada umum tanpa mempunyai rasa malu.

Bahkan, tindakan Leona itu telah mengundang pelbagai kritikan serta reaksi negatif oleh orang ramai memandangkan dia sering memakai pakaian yang begitu seksi.

Bagaimanapun, disebalik kecaman yang dilontarkan oleh netizen, ada juga sebahagian daripada mereka tidak pernah berhenti mendoakan Leona supaya berubah dan berpakaian lebih sopan selepas ini.

Malah, ada juga netizen yang meluahkan rasa kasihan kepada ayahnya, Azhar Sulaiman yang terpaksa menanggung dosa anaknya yang tak pernah jemu mempamerkan auratnya.

Terbaharu, Leona memuat naik satu ciapan di laman Twitternya dengan memberitahu dia sedar dirinya sering menjadi perhatian dan menerima banyak kecaman setiap hari.

Pun begitu, itu tidak bermakna pihak media boleh menggunakannnya sebagai ‘clickbait’ bagi menarik perhatian warganet lain. Susulan itu, dia berharap agar media berhenti menggunakan dirinya sebagai ‘pancingan’ serta mencari sesuatu ‘berita sebenar’ untuk ditulis dan disampaikan kepada orang ramai.

Terdahulu, Leona teruk dikecam netizen gara-gara memakai bikini serba hitam sehingga menampakkan bahagian punggungnya di mana ia tidak sepatutnya ditunjuk kepada khalayak ramai ketika bercuti di sebuah pusat peranginan di Terengganu.

Tonton Video di TikTok @leonsmeonss, Twitter @kasihirisleona

Leave a Reply

Your email address will not be published.