Semasa

Berang Pekerja di Pam Minyak Tergedik² Dengan Lakinya, Tindakkan Isteri ini Mengejutkan

Isteri mana tidak naik berang sekiranya terdapat individu seolah-olah cuba ‘mengorat’ suami mereka, apatah lagi berlaku dengan mata.

Tak pasal-pasal si lelaki kena marah sekali!

Menerusi hantaran video @sipinokio096 di aplikasi TikTok, wanita itu merakam gelagat suaminya yang sedang mengisi petrol sambil berbual dengan seorang pekerja dipercayai ‘promoter’ di sebuah stesen minyak.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Dia yang menunggu di dalam kereta meluahkan rasa meluat apabila melihat gelagat berkenaan selain turut menyalahkan pekerja itu kerana memulakan perbualan.

“Bini kau kat dalam kereta tau, kau jangan sampai aku keluar dan mengamuk. Aku perhati je ni. Yang perempuan (pekerja) tu pun mengada-ngada, dia tak nampak ke ada perempuan dalam kereta.

“Cepat sikittt, aku dah panas hati ni. Siap kau,” katanya seolah-olah berseloroh.

Rakaman berdurasi 28 saat itu memaparkan suaminya ‘fokus’ mengisi minyak, manakala pekerja terbabit dilihat berbual atau menjelaskan sesuatu berdasarkan gaya tubuhnya.

Video yang dimuat naik oleh suami wanita tersebut meraih sejuta tontonan dan 2,303 komen netizen yang rata-rata terhibur dengan ‘bebelan’ si isteri.

Tanya macam2 pula tu

Tertunduk2 tekan pam tu

Jangan buat hal bang!

Promote pengilat kereta kot

Malah, ramai juga mempersoalkan gaya ‘fokus’ lelaki berkenaan yang disifatkan mengelak daripada memandang wanita lain.

Namun begitu, min percaya video itu hanya bersifat gurauan semata-mata. Tapi tak baik salah sangka, mungkin pekerja tersebut hanya menjalankan tugas dengan dengan.

Tonton Video KLIK DI SINI

Sumber: TikTok @sipinokio096

Leave a Reply

Your email address will not be published.