Semasa

Bekas lstri Ditahan SJR Bersama dgn Ahli Politik, Ini Respon Fizo Omar yg Mengejutkan

Tular satu whatsapp berkenaan dengan DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ditahan di sekatan jalan raya di Perasing, Terengganu semalam.

Lebih mengejutkan, dalam tulisan tersebut menyebut tentang dakwaan ada seorang wanita yang dikenali ramai turut bersama-sama dalam kenderaan tersebut.

Wanita yang pernah menjadi isteri kepada pelakon popular Fizo Omar, Mawar Abd Karim itu didakwa dilihat berada dalam kereta yang sama dalam kereta MP kuala Nerus tersebut.

Dalam mesej tular tersebut, ketika ditaha.n, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu didkwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim.

Gosip mengenai pemimpin Pas yang dikatakan sudah berkhwin dengan seorang wanita berstatus jnda itu hangat diperkatakan sejak semalam.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen dari PAS tampil menjawab dakwaan tersebut:-

1. Saya akan membuat laporan polis esok, 28 Mei 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung beberapa dakwaan mengenai diri saya yang telah tular di media sosial hari ini.

2. Secara ringkasnya saya;

(1) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman hari ini.

(2) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar Abdul Karim.

(3) MENAFIKAN berkahwin dengan Mawar Abdul Karim.

3. Saya akan keluarkan kenyataan penuh esok sejurus selesai membuat laporan Polis.

Ini kata kata dari YB DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI tentang apa yang terjadi.

Khairuddin nafi kahwini Mawar Karim, dakwa difitnah

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Seri Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau adalah individu yang ditahan semasa Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan Perasing, Terengganu.

Bersama dengannya ialah bekas isteri kepada Fizo Omar, iaitu Mawar Abdul Karim, hari ini.

Didakwa Sudah Berkahwin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu, berkata beliau juga menafikan laporan sebuah portal yang mendakwa sudah berkahwin dengan Mawar.

Dan menyifatkan semua dakwaan itu sebagai satu fitnah terbaharu daripada mereka dengki kepada beliau.

“Semoga Allah membalas segala fitnah mereka dengan sehina-hinanya!,” katanya seperti dilaporkan portal AgendaDaily

Sehubungan itu, beliau difahamkan sudah membuat laporan polis pada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk menegakkan kebenaran.

“Saya akan keluarkan kenyataan penuh sejurus selesai membuat laporan Polis,” tegasnya.

Semalam, tular dalam mesej WhatsApp melibatkan Khairudin bersama wanita yang dikatakan Mawar itu semasa ditahan dalam SJR di Perasing.

Mawar yang pernah menjadi isteri kepada pelakon, Fizo Omar didakwa dilihat berada di dalam kereta yang sama dalam kereta Khairudin.

Reaksi Mawar

Bagaimanapun hasil tinjauan Kosmo Online!, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim, 32, juga dilihat menafikan gosip tersebut kepada salah seorang pengikutnya dalam ruangan komen Instagram.

“Letih hendak baca, lebih baik cari nasi kandar.

Macam-macam cerita keluar. Saya di Kuala Lumpur sahaja. Lepas ini dengan siapa pula nak muncul (digosipkan).”

Balasnya kepada seorang pengguna Instagram yang mempersoalkan kesahihan gosip tersebut dalam ruangan komen.

Respon Fizo Omar

Dalam pada itu, bekas suami kepada Mawar iaitu pelakon dan usahawan, Fizo Omar turut ditanya mengenai isu terbabit.

Bagaimanapun, jawapan Fizo seakan sudah boleh diagak.

“Saya tak tahu apa-apa pun tentang kes Mawar dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.”

Itu respons ringkas Fizo Omar berhubung khabar angin memdkwa bekas isterinya, Mawar Karim kini sedang menjalin hubungan dengan seorang menteri.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, dia hanya mengetahui mengenai gosip tersebut semalam.

“Saya tak tahu apa-apa pun tentang mereka dan baru dengar mengenai kes itu semalam,” katanya kepada K0smo! Online hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *