Semasa

Desas-Desus Bakal Mendapat Menantu Baru, Ini Amaran Ibu Syamsul kpd Keluarga Ira Kazar

DESAS-DESUS mengatakan pengarah filem Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat semakin mendapat perhatian.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?

Bagaimanapun bapa pengarah kacak itu, Datuk Yusof Haslam ternyata amat terkejut dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak menjadi kenyataan.

Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut.

Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi.

Dalam pada itu, Yusof juga tidak mahu menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga.

Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan kepada menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham, ujjarnya.

Isteri kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Fatimah Ismail tampil bersuara mengenai desas-desus tersebut.

Ketika dihubungi OhBulan!, Fatimah memohon agar media tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya.

Kata Fatimah, dia akan menghubungi Kazar supaya berhenti mengugut anak lelakinya untuk berkahwin dengan Ira menggunakan modus operandi video palsu.

Janganlah di war-warkan berita yang belum sahih. Tolonglah.. Saya akan bagitahu keluarga Kazar supaya jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu itu!

Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anak.

Dalam pada itu, Fatimah menegaskan Syamsul memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan mengeruhkan situasi yang sedang tegang.

Syamsul diam kerana tak mahu memburukkan keadaan!

Konflik rumah tangga Syamsul dan pelakon isterinya, Puteri Sarah Liyana mula menjadi perbualan apabila aktres tersebut mula mendedahkan hubungan mereka diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi.

Dalam tembual bersama mStar sebelum ini, Sarah ada memberitahu dia reda dan berdoa yang terbaik untuk rumah tangganya ketika mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan lalu.

Sarah juga sebelum ini telah melantik peguam untuk mengambil tindakan terhadap Ira namun tindakan tersebut dibatalkan.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

Terdahulu, sebuah blog mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada aktor veteran.

Biarpun tidak mendedahkan identiti namun rata-rata netizen mengesyaki gosip itu berkait rapat dengan Syamsul dan Ira.

Laporan itu melaporkan Syamsul sudah bertemu dengan bapa mentuanya untuk berbincang hal pernikahan mereka.

Sumber Mstar & Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.