Semasa

Jumpa Kali Pertama, Lelaki Pasrah Bila Jadi Begini dan Terpaksa Duduk di Seat ini

Apabila menjalin hubungan cinta jarak jauh, pasti mengalami perasaan bercampur baur sekiranya mahu bertemu dengan si dia buat kali pertama.

Mana tidaknya, mesti rasa ‘awkward’ mahu keluar berdua!

Mungkin situasi itu dapat digambarkan dengan pemuda ini Amirul Afiq.

Ini apabila kali pertama bertentangan mata dengan kekasih hati yang dikenali sebagai Farah menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok miliknya.

Menurut pemuda tersebut, teman wanitanya itu seorang yang pemalu sehingga memilih untuk duduk di bahagian tempat duduk belakang kenderaan ketika mereka keluar bersama.

Rakaman berdurasi 13 saat itu memaparkan Amirul sedang menunggu di dalam kereta merakam aksi teman wanitanya yang keluar dari rumah sebelum menuju ke pintu belakang kenderaan.

Video meraih lebih setengah juta tontonan itu menerima ratusan reaksi netizen dimana segelintir berseloroh terhadap pasangan itu.

Namun ada juga yang memberi sindiran selain bercerita pengalaman masing-masing.

Kalau saya duduk bonet je, malu sangat

Tak jumpa orang tua dia dulu ke?

Bagaimanapun, Amirul berkata, mereka tidak ‘dating’ berdua sebaliknya turut membawa abang gadis tersebut. Hmm mungkin si abang lah yang duduk kat ‘seat’ depan tu kan?

Sumber: TikTok @amirul.afiqqqqq & @farahaqilahhhh

Leave a Reply

Your email address will not be published.