Semasa

Kasihnya seorang abang 13 tahun, meninggal dunia ketika bergadai nyawa selamatkan adik jatuh sungai

MARANG: Tindakan seorang remaja lelaki cuba menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam sungai berakhir tragedi apabila dia lemas di Sungai Seluang, Paya Resak di sini.

Sebelum kejadian, mangsa Muhammad Danish Daniel Adnan, 13, bersama adiknya Muhammad Danish Irfan, 7, serta kakaknya, Fatimah, 17, memancing di sungai berhampiran rumah mereka pada jam 4.15 petang.

Ibu mangsa, Suhaini Wahab, 36, berkata, ketika memancing, Muhammad Danish Irfan dikatakan tergelincir ketika bermain di tebing sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Katanya, Muhammad Danish Daniel kemudian terjun ke sungai untuk menyelamatkan adiknya namun gagal sebelum ‘hilang’ dari permukaan air.

Sementara itu Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Wakaf Tapai, Zulikifli Md Akhir berkata, pihaknya ke lokasi kejadian bagi

melakukan Operasi Mencari dan Menyelamatkan (SAR) sebaik menerima panggilan kecemasan daripada keluarga mangsa.

“Mayat mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai kira-kira dua meter dari lokasi kejadian,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber BH

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published.