Uncategorized

Kenapa tak buat lockdown penuh? Ismail Sabri dedah rakyat derita masalah mental, makan nasi dengan air garam – Semasa | mStar

DI SEBALIK desakan sebilangan besar rakyat yang meminta agar ‘lockdown’ penuh dilaksanakan bagi membendung penularan kes Covid-19, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kerajaan mempunyai pertimbangan tertentu sebelum memutuskan apa jua langkah yang hendak diambil.

Berkata dalam sidang media pada petang Sabtu, Ismail Sabri mendedahkan bahawa terdapat banyak kes melibatkan masalah mental dilaporkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih ramai kerja dari rumah, tutup kedai awal strategi baharu kerajaan perangi Covid-19

Sewaktu PKP 1.0, terdapat banyak kes melibatkan masalah mental. Kes bunuh diri banyak berlaku cuma kita tak hebohkan perkara ini.

Inilah yang kita nak jaga rakyat kita supaya jangan terlalu menderita… walau kita nak selamatkan nyawa tapi ada rakyat menderita,” katanya.

Tambahnya lagi, pelaksanaan lockdown secara menyeluruh akan memberi kesan yang sangat besar kepada golongan miskin yang rata-ratanya bergantung kepada pendapatan harian.

Peniaga kecil, mereka bergantung hidup secara harian daripada perniagaan yang dilaksanakan. Kalau tutup lagi, mereka tiada pendapatan harian.

Kita lihat paparan di media sosial, ada keluarga makan nasi dengan air garam. Ini re4l berlaku dalam golongan miskin dan B40. Sebab itu kita berpandangan perkara ini kena ambil kira.

Ada kata kenapa tak tutup kilang atau syarikat besar. Kesannya bukan kepada tuan punya syarikat saja tapi kepada pekerja-pekerja.

Sebelum ini 800 ribu hilang pekerjaan. Hilang pekerjaan bermakna tiada pendapatan. Bagaimana rakyat nak bertahan? Sebab itu kita tak buat total lockdown tapi ketatkan SOP,” jelasnya panjang lebar.

Tambah beliau lagi, walaupun tidak melaksanakan lockdown secara penuh namun kerajaan mengambil pendekatan melaksanakan lockdown secara bersasar iaitu di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Mereka di kawasan ini tak boleh keluar, ada kawat duri, aktiviti perniagaan tak dibenarkan kecuali keperluan harian seperti kedai runcit.

Setiap hari saya umum ada PKPD dilaksanakan tapi kita tak lakukan seluruh negara kerana seperti saya kata, ia melibatkan masa depan rakyat terutama rakyat kita yang miskin,” ujarnya lagi.

Sumber : mstar com my

Leave a Reply

Your email address will not be published.