Semasa

Lelaki yg Kerat 15 Ibunya Sendiri Gara² Tidak Berpuas Hati Pembahagian Harta Pusaka Akhirnya Menerima Padah

Parit Buntar: Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun susulan penemuan 15 potongan daging menyerupai anggota badan manusia dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Taman Kerian, di sini, pada Sabtu.

Kejadian yang berlaku itu telah mengejutkan semua rakyat Malaysia yang rata-rata bersimpati kepada mangsa tersebut.

“Sanggup buat macam tu kat mak sendiri..”

“Kena la adil juga..”

“Kasih ibu membawa ke syurga..”

Tangkapan Dilakukan

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, terdahulu kira-kira jam 3.30 petang, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

Kemudian sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan cebisan daging dipercayai anggota badan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun.

“Susulan itu, pihak polis menahan seorang suspek lelaki berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa.

Kita (polis) turut merampas sebilah parang, dua pisau dan barangan yang digunakan suspek untuk melakukan pembvnuhan itu,” katanya dalam satu kenyataan media, lewat malam ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya.

“Suspek dan ibunya (mangsa) sudah tinggal di taman itu sejak 12 tahun lalu selepas kematiian bapanya.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek kepada mangsa terhadap pembahagian harta pusaka.

“Suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.