Semasa

Laku Macam Pisang Goreng, Instafemes ini Akui Alat Kembalikan Keperawanan Wanita Terbukti

TOPIK mengenai keperawanan atau dara mungkin masih tabu dalam kalangan masyarakat kita.

Namun ia cukup penting bagi sebilangan individu khususnya bakal pengantin baharu.

Dakwa Boleh Kembalikan Keperawanan

Paket kecil ini perlu dimasukkan ke dalam f4raj.

“Tidak perlu pembedahan yang mahal. Boleh dilakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Harga mampu milik dan kesan segera.

“Satu box dua pieces. Anda hanya perlukan 15 minit untuk kembali dara.

Selaput dara buatan ini akan mengeluarkan darah tidak terlalu banyak, seakan-akan seperti waktu pertama kali keperawanan atau dara pecah.

“Sehabis dipakai anda tidak perlu membersihkannya kerana semua unsur dari produk ini akan keluar sendiri,” tulis peniaga itu lagi.

Dakwa peniaga itu, produk berkenaan dibuat menggunakan red dye liquid yang memberi kesan seakan-akan darah manusia yang sebenar.

Menerusi tutorial penggunaan yang dinyatakan, pembeli harus memasukkan pakej aluminium berisi selaput dara tiruan tersebut ke dalam f4raj menggunakan jari telunjuk.

Selaput dara palsu itu perlu berada di dalam f4raj tidak lebih 30 minit sebelum aktiviti sksual dilakukan.

Pengguna turut disarankan membuat cucian seperti biasa memandangkan sebahagian darah tersebut akan keluar secara semula jadi selepas persetubvhan.

Dalam pada itu, beberapa pembeli tempatan turut meninggalkan komen mengenai produk berkenaan.

Produk itu dijual pada harga RM180.

Menurut seorang wanita yang memberikan rating lima bintang kepada peniaga tersebut, dia turut dihadiahkan barang percuma atas pembelian berkenaan.

“Lagi sebulan nak guna. Free gift dapat banyak. Semoga seller dimurahkan rezeki, Amin,” tulis wanita itu.

“Penghantaran pantas. Dapat banyak free gift. Seller pun sangat peramah,” tulis seorang lagi pelanggan.

Berdasarkan semakan tarikh komen pembeli, penjualan itu sudah dilakukan sejak tahun lalu.

Malah, beberapa peniaga lain turut menawarkan produk sama dalam platform berkenaan.

Lebih mengejutkan, penjual turut mendakwa produk tersebut tidak meninggalkan sebarang kesan kepada pengguna.

Untuk rekod, penjualan produk ini bukanlah satu perkara baharu.

Malah ia turut dijual di platform e-dagang lain serta sangat popular di Afrika, India dan sebahagian negara Asia seperti Jepun dan China.

Pada 2019, Amazon terpaksa menarik balik produk keperawanan palsu itu selepas ia menimbulkan kemarahan dan perdebatan di India.

Produk tersebut juga pernah mencetuskan perdebatan dalam kalangan Ahli Parlimen di Mesir dan juga United Kingdom (UK).

mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.