Gurauan hampir menjadi kenyataan, apabila seorang lelaki yang bergurau seakan-akan menjadi mayat kemudiannya telah tertimbus tanah di dalam sebuah liang lahad di Jakarta, Indonesia.
BERGURAU NAK JADI MAYAT, LELAKI TERTIMBUS TANAH DALAM LIANG LAHAD
Tangkap layar – Instagram @ngakaksehat
Pada mulanya, dia tersenyum kepada perakam yang merakamkan dirinya.
Tidak lama kemudian, setelah selesa berada di posisi yang dimahukan, tanah kubur di sebelah kanannya runtuh lalu menimbusnya hidup-hidup.
Lelaki itu bertuah kerana tanah yang menimbusnya tidak terlalu banyak. Dia masih mampu keluar dari timbunan itu.
View this post on Instagram
Malah, video itu mendapat perhatian dan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.
“Maksudnya sudah diizinkan meninggal dunia,’’ tulis seorang netizen.
“Gurauan terakhir sebelum akhirnya dijemput malaikat,’’ komen netizen lain.
Sumber: Kosmo