Semasa

Jiran Bongkar Suspek Mengamuk, dan Isterinya Telah Diheret Dari Dalam Hingga Keluar Rumah

Johor Bahru : “Kau apa hal?” Itu jeritan terakhir suspek kejadian kelar leher isteri dan bayi lelakinya yang didengar jiran sebelum kejadian itu berlaku.

Ahmad Zaini Ismail, 39, berkata, dia yang berada di rumahnya di hadapan rumah pasangan itu, terdengar jeritan lelaki itu dipercayai ditujukan kepada mangsa.

“Ketika itu saya di depan rumah, memang saya dengar suara lelaki itu menjerit sebelum kejadian berlaku,” katanya terkejut.

“Saya nampak suspek pegang pisau pemotong daging, tetapi saya takut dan terus bergerak menaiki motosikal bersama abang saya untuk ke sekolah.

“Saya tidak mahu masuk campur, tetapi saya tidak sangka anak mereka juga turut dicederakan,” ceritanya yang kemudian tidak jadi ke sekolah kerana trauma.

Sementara itu, Rosimawati Ramli, 36, yang juga pemilik warung sarapan pagi di hadapan lokasi kejadian berkata, suspek ada datang ke warung itu untuk bersarapan kira-kira 7 pagi semalam dan turut membayar makanan pelanggan lain.

“Saya terkejut dia kata nak belanja pelanggan lain sebab dia tak pernah buat begitu walaupun dia seorang yang baik.

“Ketika itu, dia bayar RM20 untuk nasi lemak dan lontong yang dibeli pelanggan,” katanya.

Suspek lelaki berusia 25 tahun itu kemudian ditahan polis kira-kira jam 2.45 petang tadi di kawasan Permas Jaya.

Terdahulu, gambar dan video suspek menaiki motosikal dalam keadaan berbogel tular di media sosial dipercayai ketika melarikan diri sejurus insiden kelar terbabit.

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.