Semasa

lstri aku ni dah la cntik baik gaji tinggi tp asyik sibuk, aku tpksa ceraaikn sbb dia xpndai masak

Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku buntu. Apa tips untuk ambil hati bekas isteri semula? Dia nampak lebih happy lepas ceraai dengan aku. Aku sorang saja ke yang rindu dia?

Aku rindu manja dia. Rindu suara lembut dia. Rindu masakan dia. Bau perfume vanilla dia. Dulu masa awal kahwin. Aku tak de apa².

lsteri aku gaji 6k. Aku gaji 1.6k saja. Kereta takde. Masa tu aku bahagia sangat walaupun takde anak.

Kalau dia beli barang kemas… dia akan cakap kat family dia yang aku belikan.

Kalau balik kampung dia, dia akan hulurkan duit kat aku supaya bila pergi mana² aku yang bayar. Nanti fam dia nampak macam aku ni suami yang baik. Family dia tak tau gaji aku kecik.

Ayat dia selalunya “biarlah mak ayah saya senang hati tengok saya bahagia”

Dia suruh aku cari isteri baru untuk jaga makan minum pakai aku. Mak aku marah sangat sebab masa dia masuk hspital seminggu, isteri aku tak boleh cuti untuk temankan mak di hspital.

Ye sekarang memang aku bakal dapat zuriat dengan isteri baru. Tapi hati aku kosong. Aku nak dia semula.

Aku cemburu bila fikirkan dia banyak deal dengan client lelaki kat luar sana. Macam mana kalau diaorang suka jugak bau perfume vanilla dia tu?

Isteri baru aku tak macam yang lama. Semua dia nak aku sediakan. Drive pun tak reti. Aku rimas isteri aku yang ni clingy. Lepastu sikit² nak mengadu kat keluarga dia. Sikit² up kat fb. Sangat tak matang.

Lepas bersalin dia tak mau kerja dah. Mana nak cukup gaji aku sorang… Aku rindu isteri dulu yang indipendent. Yang pandai jaga aib aku.

Isteri dulu aku sediakan nafkah 50 saja sebulan. Tapi dia tak pernah merungut. Tiap kali dapat nafkah dia sentiasa doakan moga aku murah rezeki.

Isteri sekarang, nafkah 200 aku dah bagi. Nanti dia nak beli skincare makeup semua dia mintak duit aku. Duit beli pad pun dia claim kat aku.

Dulu dengan gaji 2.5k ni aku rasa cukup besar dah. Tapi dengan isteri baru. Sungguh aku rasa gaji ni tak cukup.

Isteri dulu memang mak aku. Sedara aku tak suka. Sebab dia memang tak pandai masak. Tak kenal halia lengkuas. Lepastu tak mengandung walau dah lama kahwin.

Tapi percayalah. Walaupun dia tak sempurna di dapur. Tapi dia sangat² melengkapi aku…semua pergi sendiri.

Dia saakit pun pergi klinik sendiri. Balik kampung mak dia pun drive sendiri… pendek kata semua dia uruskan diri sendiri… memang tak susahkan aku.

Isteri sekarang kejap² aku kena amik cuti. Sebab nak kena bawak dia.

Bantu aku macam mana nak pikat semula bekas isteri aku. Kadang habis saja kerja, aku akan pergi parking depan rumah dia, dapat tengok bayang pun aku dah happy.

Aku nak miliki dia semula. Korang tolong doakan moga allah jodohkan kami kembali….

Sungguh dia wanita yang sangat berbeza dari yang lain.

Ini antara reaksi paling win daripada netizen.

Nora.malas nak doakan kau. cuma nak cakap kau kurang cerdik je, bini kena macam² dengan keluarga sendiri pun tak reti nak backup. haih.

moga ex bini kau jumpa jodoh dengan yang sejuta kali lebih baik dari kau. nasib dia baik dah ceraai dengan kau.

Radin. Tak pasti confession ni betul sbb rasa mcm troll. Tapi kalau betul, ko ni x layak berbini sebenarnya, menyusahkan anak org je. Nak berbini tapi nak senang2 x nak susah. Nak bini gaji banyak tapi kena hadap muka ko 24 jam.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Sumber : Ekota

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published.