Semasa

lsteri mengidam aiskrim aku x Iayan. Aku biarkn dia tgh sarat jln kaki ke tmpt kje. Tiba2 ada wasap dr metua masuk. gtau sesuatu bt aku menyesal.

Terima kasih admin siarkan cerita aku…Aku terpanggil untuk ceritakan perasaan aku selepas kehil4ngan wife tersayang semasa lahirkan anak sulung 3/9 baru ini.

Aku bukanlah seorang yang rajin membaca apatah lagi menulis tapi kali ini luahan ikhlas dari hati aku seorang suami dan papa yang sunyi.Isteri aku , sarah.. biasa2 sahaja tapi sangat comel di mata aku.

Bertubuh kecil dan sentiasa bersederhana. Tak pernah minta benda-benda mahal dari aku. Dia juga bekerja dan pergi kerja naik public transport.

Kami baru melangsungkan perkahwinan bulan disember tahun lepas. Kehidupan selepas kahwin sangat simple..

Pernah kami membeli periuk nasi elektrik baru dan kuali , baldi, serta barang dapur dengan menaiki motorsikal.

Dalam keadaan dia mngandung, dia memegang kuali ,baldi dan beberapa plastik berisi barang dapur kami yang ringan kerana tak muat nak letak dalam raga motorsikal.

Sepanjang perjalanan pula hujan renyai…tapi atas desakan isteri kami tetap meneruskan perjalanan ke rumah sebab dia tak tahan nak ke tandas

(isteriku mengalami sembelit yang agak teruk sepanjang kehamilan dan dia tak mahu menggunakan tandas awam kerana takut ramai yang menunggu di luar).

Paling aku ingat ketika di rumah abang ku, dia menangis sepanjang malam kerana terlalu teringin aiskrim connerto vanilla.

Aku pula beberapa kali ke kedai tapi terlupa untuk belikan aiskrim tersebut. Sepanjang dia mengandung, dia tak pernah menyusahkan aku dengan meminta makanan yang susah didapati.

Tapi untuk aiskrim sahaja pun aku tak dapat tunaikan. Isteriku rasa terkilan sangat pada hari itu kerana permintaan kakak iparku untuk makan kerang bakar,

Malam tu juga aku belikan (abangku oncall) sedangkan dia yang mengandung hanya minta aiskrim berhari2 aku tak tunaikan.sungguh rasa bersalah dalam diriku.

Jarak perjalanan tempat kerja isteriku ke public transport (lrt maluri) mengambil masa lebih kurang 15minit berjalan, dia akan turun di lrt kampung baru (rumah sewa kami) dan berjalan kaki lagi dalam 15minit.

Bayangkan dalam keadaan sarat mengandung dan kaki bengkak isteriku masih berjalan sendiri 30 minit ulang alik ke lrt setiap hari. Kejamnya aku sebagai suami membiarkan dia begitu.

Hari ini aku kehil4ngan isteri dan anakku. Benar jodoh kami sampai disini dan tiada rezeki untukku membesarkan anak pertamaku.

Isteriku terjatuh ketika berjalan menuju ke tempat kerja ketika cuba mengelak kereta yang tiba2 meluru ke arahnya. Mujurlah ramai yg membantu bila melihat dia tumpah d4rah di situ.

Dalam keadaan tersebut dia cuba menghubungiku beberapa kali tetapi aku sedang bekerja dan telefonku diletakkn dalam loker.

Beberapa kali keluarga mertuaku juga cuba menghubungiku sehinggalah adik iparku menghubungi rakan sekerjaku yang dicari melalui facebook maklumkan isteriku di hspital.

Dengan kelam kabut aku terus ke hspital. Dalam fikiranku hanya tak sabar untuk menjadi bapa sahaja.

Mereka tidak menceritakan hal sebenar kepadaku sehinggalah aku mengetahuinya di hspital .Isteri dan anakku sedang bertarung nyawa di dalam bilik kecemasan.

Lebih kurang jam 11 pagi kami dimaklumkan anakku dan isteriku tak dapat diselamatkan Ya Allah berat sungguh ujian ini.

Hari ini, banyak sangat perasaan bersalahku. Aku rindu melihat senyum, tawa, rajuk isteriku. Tabahnya isteriku melayari kehidupan denganku.

Paling aku terkilan apabila melihat telefon bimbit isteriku. Rupanya tanpa aku sedar ada sesuatu yang isteriku inginkan tetapi tidak diluahkan kepadaku.

Mungkin sebab seperti biasa dia enggan menyusahkan aku.Beberapa gambar baju mengandung ada dalam simpanan album.

Baru aku sedar sepanjang isteriku mengandung, tiada satu baju mengandung pun yg aku belikan untuknya.

Betullah, perempuan mana tak inginkan untuk pakai baju mengandung, merasai pengalaman mengandung,pengalaman paling berharga dalam hidupnya.

Bila difikirkn selama ini isteriku meminjam pakaian kakaknya sahaja. Maafkan abang sayang, abang gagal memahami sayang,

gagal menjadi suami yang terbaik untuk sayang, gagal melindungi sayang.Untuk anak syurga papa, papa sayang kamu sangat.

Maafkan papa kerana gagal melindungi kamu. Jarang papa habiskan masa berbual dan membelai kamu ketika dalam kandungan mama.

Ya Allah sungguh aku rindu mereka.Untuk para bakal bapa di luar sana, hargailah isteri kita. Luangkan waktu bersama mereka. Tunaikan lah apa yg isteri inginkan(jika boleh)agar tidak menjadi seperti aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published.