Semasa

Makcik yg Tunjuk Emas Padu di Tangan di Luar Tingkap Kereta Akhirnya Menerima Padah

Golongan wanita dan perhiasan emas memang tidak boleh dipisahkan.

Tapi perlu diingatkan bahawa  penjenayah sentiasa mencari peluang untuk meragut, jadi bagaimana cara bagi mengelakkan diri daripada menjadi sasaran mereka?

Baru-baru ini, seorang wanita warga emas dirakam mengeluarkan sebelah tangannya yang mempunyai cincin dan gelang emas dari sebuah tingkap kereta sehingga menimbulkan kebimbangan warganet.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @nrlilyly berkongsi video kejadian itu memaparkan makcik tersebut duduk di tempat penumpang hadapan.

Ia seolah-olah seperti menunggu sesuatu sambil tangan kirinya di luar tingkap yang dibuka.

Video tersebut menerima hampir 277,00 tontonan dan akhirnya menerima padah.

Ia apabila ratusan komen netizen yang rata-rata mengecam dan menyifatkan tindakan itu sangat membahayakan nyawa sendiri.

Rakaman Video ada dj Bawah Sekali

Berdasarkan kapsyen video berdurasi lapan saat itu, @nrlilyly meminta makcik berkenaan berhati-hati kerana malang sememangnya tidak berbau sekali gus boleh mengundang penjenayah.

Malah, terdapat juga segelintir netizen menganggap mungkin gelang besar itu adalah palsu kerana makcik terbabit seolah-olah tiada kesedaran mengenai keselamatan dirinya.

Kalau emas palsu sekalipun, makcik tetap boleh jadi mangsa. Penjenayah tak fikir semua tu, asalkan dapat apa yang diinginkan! Jadi kenalah sentiasa berhati-hati.

Sumber: TikTok @nrlilyly

Leave a Reply

Your email address will not be published.