Semasa

Lelaki Kena Lempang Dgn Mas Idayu Gara² Langsung Tak Tau Nyanyi Lagu ‘Selangit’

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial TikTok memaparkan kemeriahan sambutan malam Ambang Merdeka yang berlangsung di Tanjung Emas Muar Bandar Diraja, Johor pada 30 Ogos dan 31 Ogos lalu.

Sambutan yang berlangsung pada 30 Ogos menampilkan barisan penyanyi tersohor seperti Datuk Ramli Sarip, Ezad Lazim, Mas Idayu, Naqiu Mohd dan Jatt Ali yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Muar.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Susulan itu, sebuah video tular menunjukkan penyanyi dangdut kegemaran ramai, Mas Idayu yang sedang menghiburkan orang dengan mendendangkan lagu Selangit dan secara spontan telah ‘menampar’ seorang penonton.

Menerusi video tersebut, individu berkenaan dilihat sakan bergelek dan menari, namun apabila Mas Idayu tampil menghulurkan mikrofon kepadanya.

Pemuda itu ternyata tidak menghafal lirik lagu Selangit lalu dilempang secara gurauan oleh selebriti itu di bahagian pipi.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut dibanjiri oleh rata-rata netizen yang terhibur melihat gelagat pemuda itu bersama Mas Idayu kerana sakan bergelek tetapi tidak menghafal lirik.

Ramai dalam kalangan mereka yang memuji Mas Idayu kerana bersikap sangat ‘sporting’ dalam melayan peminat-peminatnya bagi memeriahkan lagi program berkenaan.

Individu berkenaan turut meninggalkan komen di video tersebut yang dikenali sebagai Shah Rezal berkata tamparan yang diberikan Mas Idayu itu tidak terasa kerana dia sempat mengelak.

Tonton Rakaman Video di Tiktok @nurinjelahh

Leave a Reply

Your email address will not be published.