Semasa

Disksa Suami Shg Pksa Ank Minum Racvn, Wanita Mohon Bantuan Org Ramai

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita mahu melepaskan rindu terhadap anak tersayang.

Namun dihalang oleh bekas suami ketika berlangsung kes di mahkamah.

Berikutan itu, terdapat segelintir netizen menuduh wanita tersebut mungkin berlaku cvrang sehingga hak penjagaan anak diserahkan kepada bekas suami.

Tidak berdiam diri, wanita berkenaan tampil menjelaskan serba sedikit bahawa dia yang meminta permohonan fasakh melalui proses di mahkamah atas sebab-sebab tertentu.

Menerusi posting di laman Facebook, ‘Rias Jelita’ berkongsi rakaman video mendakwa bekas suami telah memaksa dua anak lelakinya meminum racvn.

Ianya ketika dia membawa diri pulang ke kampung pada 2017.

“Lihat dan fikirkan macam mana keadaan anak saya bila dipaksa minum racun hanya kerana bapaknya nak paksa saya balik untuk jadi isteri dia. 

Sebab tulah anak2 terlalu takut pada bapaknya sampai nak tengok saya pun takut.

“Ramai yang nak tahu kan, ramai yang cakap anak pun nampak macam tak suka ibu, anak pun tak nak peluk. Ibu mesti ibu jahat.

“Ini kes pada 2017, saya lari balik ke kampung sebab pada malam sebelum ni bapakny balik dalam keadaan mabvk kejut.

Saya bangun tidur, dia pecahkan semua barang dalam rumah hanya disebabkan saya tak isi air dalam peti sejuk.

“Bila saya lari ke kampung bawa semua anak2, dia datang ke kampung ambik anak2 dan ugut untuk bvnuh anak dengan cara minum racvn sekiranya saya tak balik.

“Dan satu lagi sebab bercerai bukan sebab saya cvrang tapi saya yang mohon fasakh dan mahkamah jatuhkan talak,” tulisnya.

Wanita berusia 40tahun itu berkata, hak penjagaan terpaksa diserahkan kepada bekas suami kerana tidak tahan diganggu oleh lelaki terbabit sekiranya anak-anak berada dibawah jagaannya.

“Pasal hak jagaan anak2 bukah mahkamah serahkan pada bapaknya tapi saya yang setuju untuk serahkan hak jagaan pada bapaknya sebab tak tahan dengan gangguan daripada bekas suami.

“Bila anak2 dalam jagaan saya, bekas suami akan kacau dengan cara mendakwa saya sering mendera anak mental dan fizikal padahal anak2 hanya cedera kerana bermain…

“Panjang cerita sebenarnya tapi saya orang biasa2 yang tak pandai untuk bela diri dan takde duit untuk lantik peguam dalam kes saya,” katanya.

Selain itu, wanita tersebut juga memuat naik borang perjanjian mahkamah yang menyatakan dirinya berhak untuk bertemu dengan dua orang anaknya pada setiap dua minggu.

Namun mendakwa bekas suami menghalang dia untuk berbuat demikian.

“Sepatutnya hari ni 9/10/21 saya diberi hak untuk jumpa anak2. Saya diberi hak untuk jumpa anak2 pada setiap dua minggu tapi bapaknya sanggup pindah rumah dan rahsiakan tempat tinggal dia. 

Dia block nombor saya, jadi saya tak boleh nak hubungi anak2 apatah lagi untuk jumpa.

“Si bapak pula bawa anak2 ke balai untuk buat report yang mengatakan anak2 enggan berjumpa dengan ibu padahal anak2 hanya dipaksa untuk mengaku,” dakwanya lagi.

Terdahulu, video wanita berkenaan melepaskan rindu terhadap anaknya namun dihalang oleh bekas suami mengundang simpati dalam kalangan netizen sehingga meraih 5,700 perkongsian di Facebook.

Sumber: Facebook Rias Jelita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *